angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

Ch.. Check it out..

Assalamualaikum

Dah lame gile aku x online ni. Bz macam ape tah. Shoutbox pun aku x sempat nak tgk. Aku tgh taip post utk kali ni kat bilik je. Nanti aku online baru aku publish. Minggu yg agak mencabar jiwa aku gak la. Haha.. Konon la sgt. Ada beberapa perkara penting yg aku dah setelkan minggu lepas. Memang totally penting la bagi aku. Aku terpaksa set aside assgmt aku yg berbukit tu. Kiranya, road trip aku ngan tok uban ari tu agak successful la.

Banyak benda yg aku nak cite tapi aku nak wat bagi jadi simple. Kiranya, kitorang plan nak gi KL, jumpa certain2 orang n balik tu nak singgah cherating. So, pendekkan cite, kitorang gi KL ari tu sempat jumpa emud, kutu, raja, izzah, nana, mazlifah, afai, talub ngan topoi. Mintak maap la pd org-org lain yg kitorang x sempat nak contact. Kitorang pn xtau nak jumpa sape ari tu. Redah punya redah mengikut kesesuaian, itu la hasilnya. Jangan la cakap aku bias ke mende. Aku pun pelik gak, budak akaun je yg aku jumpe. Aku berharap la nak jumpe wakil kelas lain. Aku call epi, balik ipoh la plak member.

Tujuan kitorang gi jumpe pun bkn ape. Just nak inform directly pasal benda ni. Asyik contact via sms ngan frenster je. Face to face baru bleh cite panjang. So aku mengharapkan pada diorang-diorang yg aku jumpa ni utk spread the news. Itu je. Aku pun nak tau feedback dari org ramai. Nampaknya secara kasar, ramai gak la yg berminat. Tak tau la yg btol2 nak gi nanti brape org.

So, balik dari KL tu, kitorang saje la meredah jalan jauh semata-mata nak singgah kat tempat yg bernama Suria Cherating Beach Resort tu. Kitorang siap usha ClubMed tapi nak masuk pun ade security jaga. Hehe.. Malas la. Sampai je kat Suria, dengan saspennya kitorang turun. Aku dah blur dah. Ape yg nak wat dulu ni. Kaget sungguh! Last2 tok uban ajak gi survey tempat dulu. Kitorang pun berlagak la mcm org yg stay kat situ. Aku jalan2 gi usha2 n amik gambar sket. Bagi aku, tempatnya mmg best. Itu je aku bleh cakap. Sesuai la utk reunion kita nanti. Insya Allah.. (nanti aku post gambar yg aku amik)

Pas dah setel dah sesi mengusha, aku pun gi la kat receptionist tu. Saspen ni.. Aku bagi salam, dia pun jwb salam. Heheh.. Aku introduce diri aku kat dia n dia tanya aku dari mana. Ape aku nak jwb? Aku pun belasah la maktab perguruan kota bharu. Dia suruh lepak jap. Dia gi panggil otai dia. Dup dap dup dap jantung aku. Biase la. Aku tak reti sket untuk wat benda2 formal ni. Tak reti. Dtg la sorang akak ni.. dia ajak lepak kat satu meja n dia tlg amikkan ashtray utk tok uban. Cik Azizah namenye. Orgnye mcm laki sket. Aku pun tak cakap banyak. Tros bagitau tujuan aku gi situ. Dia pun ok je. Tros tanya aku nak bajet dalam brape ratus? Ape aktiviti yg nak wat? Aku pun bagi semaksimum mungkin. 200! Haiyo.. Selambe je aku letak price tu.

Kitorang pun bincang punya bincang.. Last2 dia nak aku konpemkan la. 16-17 jun takleh wat sbb tempat dah fully booked. Aku terpaksa la postpone ke next weeknya. Hasil perbincangan dgn Oh Azizah tu, aku concludekan details Reunion MRSM Beseri Batch 16 di Cherating ni..

Venue:Suria Cherating Beach Resort

Date: 23-24 Jun 2007

Price: RM 160 (tak termasuk bas lagi)

Details:

Kite akan bertolak dari KL ngan bas ke Cherating.Suka aku nak ingatkan yg lunch utk first day tak disediakan. Sampai je Suria, dia bagi setiap orang Welcome Drink katenye. Pastu, korang akan check in sebilik 3 orang. Aku bleh je nak wat sebilik 2 orang tapi price dia jadi mahal sket la. Ok.. Pas check in tu, korang wat la ape yg patut, mandi n smyg dulu. Rilek2 tenangkan fikiran. Petang tu, free activity sbnrnye tapi aku dah booked utk beach soccer and volleyball. So, kpd sape yg interested, bleh la main. Yg tanak main tu bleh lepak coffee house ke, gi jalan2 kat pantai ke.. Terpulang la. Yg penting, korang x kuar gi merayau jauh2. Hehe.

Malam – Pas maghrib, kita akan ada BBQ dinner! Mengikut kata Cik Oh Azizah tu, kalo cuaca ok, kita akan wat kat tepi pool. Ruang dia agak ok la. Tapi kalo ujan, kena wat dalam restaurant yg agak kecik bagi aku. Xpela tu.. Dia ada tanya, nak pakai set karaoke tak.. Aku cakap KIV dulu. Kang aku amik kang, xde org nak nyanyi. Rugi duit je. Lgpn, kena tambah duit lagi la. Masa BBQ dinner tu, aku akan jemput la beberapa org yg nak berucap or dedicate pape ke.. Tapi bab PA system ni aku lupe plak nak tanya Oh Azizah tu.. Nanti aku tanye k? ha.. Suke gak nak bagitau, Oh Azizah ade cakap ngan aku yg malam sabtu, diorang ade pasang big screen utk AF.Kpd penggemar AF tu, bleh la tgk. Tapi, bulan jun nanti ade lagi ke AF? Kalo ade, ok la.. Pastu, korang balik la bilik tu. Wat ape yg patut. Nak bersembang ke, dating ke ape ke tapi pandai2 la. Korang sume dah besar..

Pagi esoknye – Bgn pagi, gosok gigi.. Ade sarapan menanti. Aku tak tau bentuk b’fast yg disediakan tapi buffet la. Since korang byr, makan la byk2. Sbbnye, pas b’fast kita akan main permainan! Telematch tu aku yg pilih. Tapi tak tau la ok ke tak. Bleh edjas lagi nanti. Kita akan main permainan berikut:

  • Mini treasure hunt
  • Drinking coke competition
  • Paper Dancing
  • Brick Walk
  • Win Lose or Draw

Ade banyak sebenarnye permainan. Aku main pilih je. Kalo ade suggestion n sokongan, aku bleh tukar. Pas abih main permainan ni, korang bleh la gi mandi2 n berkemas. Tengahari nanti, gi la mamam. Lunch disediakan wat kali terakhir. Hehe. Mase tu la kita akan wat sesi bergambar n bersalam-salaman. Have fun guys! Aku tak tau la kalo tentatif yg aku atur ni tak memuaskan ati korang lagi..

Panjang post kali ni. Gile la..

p/s: tok uban tgh wat paperwork utk bas. Jgn risau. Bas akan tambah rm30 je lagi..

No comments:


Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213