A'kum..
Bertemu lagi kita di dalam rancangan forum perdana minggu ini. Kali ini kita akan membicarakan tentang 15 pelajar MRSM Kuala Klawang yang telah dibuang sekolah akibat memukul junior mereka dengan penyapu.
Wajarkah pihak MARA membuang mereka ini? Ini adalah satu persoalan yang diutarakan oleh pelbagai pihak. Wajar atau tidak, jawapan itu sebenarnya terletak pada mereka-mereka yang dibuang sekolah itu sendiri. Mereka mungkin dengan sebab yang tersendiri, menggunakan penyapu yang pada dasarnya digunakan untuk membersihkan lantai untuk menghukum pelajar junior mereka. Ya, mereka baru berumur 15 tahun. Jiwa sedang memberontak. Bercita-cita untuk menjadi wira dan mempunyai ego setinggi gunung.
Menerusi pemerhatian saya, mereka ini kebanyakannya berkaca mata. Bolehkah kita menggelar mereka budak kacamata? Oh tidak. Apakah rasional di sebalik niat mereka memukul pelajar itu? Adakah mereka benar-benar memukul? Mungkinkah pelajar junior itu tidak ada rasa hormat kepada senior mereka. Mereka ini benar-benar samseng kah? Kita semua pasti tersenyum membaca berita ini di dalam akhbar. Mengapa?
Haha.. Kita semua pernah melalui proses ini. Naik turun Jemaah Disiplin Maktab, berulang-alik ke pejabat dan berdebat dengan guru-guru. Masing-masing menegakkan benang yang basah. Pihak polis juga cuba turut dilibatkan. Emosi menyelubungi seluruh batch. Inilah fenomena dan sandiwara tipikal semasa kita di Beseri. Sifat 'rebellious' itu memang tidak dapat dielakkan dalam jiwa remaja. Sebenarnya, dari sudut pandangan kita yang sudah matang ini, mereka itu bodoh! Berlagak otai dan koya gedebe.. Banyak lagi benda yang boleh dibuat daripada memukul budak. Adakah, kita secara jujurnya berfikiran sedemikian semasa 5-6 tahun dahulu? Tidak sama dua kali.
Namun begitu, saya tidak boleh memberikan pandangan dari sudut perundangan mahupun nilai moral dalam kehidupan. Bagi saya, tiada pihak yang benar-benar betul. Semuanya melakukan apa yang mereka percaya benar dalam hidup. Memukul pelajar junior bukan fantasi tapi kepuasan yang hakiki dan menghukum pelajar yang melanggar peraturan adalah kemestian agar mereka tidak mengulangi kesalahan mereka. Kita selaku manusia yang sentiasa jahil, sentiasa menegakkan, percaya kepada pegangan kepada apa yang kita percaya bagus dan terbaik. Jangan ingat mereka yang tidak memukul pelajar lain itu adalah baik. Tiada manusia sesempurna umat.
Mungkin pelajar MRSM K.K itu dijulang sebagai wira atau legend tapi bagaimana perasaan dan jiwa ibu bapa mereka? Tidak, mereka itu terlalu muda untuk memikirkan semua itu. Percayalah, 5-6 tahun akan datang mereka akan sedar bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah bodoh tapi biarkan mereka lakukan kesilapan itu kerana dengan kesilapan itu manusia belajar. Dengan kesilapan itu manusia bangun dan bina semangat yang baru. Kesilapan mengajar kita beb!
Artikel ini tidaklah memihak kepada mana-mana pihak. Penulis tidak sama sekali menyokong budaya buli namun penulis percaya hak kesamaan untuk hidup harmoni dan bermasyarakat. Sebarang komen dan feedback, boleh lah telefon saudara khalid nordin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment