angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

Salam Belated Aidilfitri

Assalamualaikum

Dah lama dah aku tak nulih dlm blog ni. Malas tu satu hal. Tapi notebook aku rosak n baru je siap. Pape pun, dalam kesempatan sementara kita masih lagi dalam bulan Syawal ni, aku ingin mengambil kesempatan nak ucap Selamat Hari Raya kat semua orang dalam batch 16 ni. Aku ingin memohon maaf dan menyusun 20 jari tangan dan kaki aku.. Aku pasti aku tak lari dari melakukan kesilapan. Banyak rasanya silap dan ego aku sepanjang kita bersama kat Beseri dulu. Aku harap sangat dosa-dosa silam masa jahil dulu dapat dimaafkan.

Erm, dah mcm blog personal la plak. Takpela aku amik kesempatan sket. Dalam 2-3 bulan kebelakangan ni, macam2 perkara dah jadi yang melibatkan warga B16 ni. Aku pun tak sempat nak follow up semuanya. Tapi masa hari raya hari tu, aku sempat berjumpa dengan beberapa orang dalam satu hari yang agak bermakna bagi aku.

Sox ada wat open house time raya hari tu. Jadi kitorang yang tinggal berhampiran dengan area situ pun mengambil kesempatan la nak berjumpa. Bilangan tu agak ramai n bleh tahan la. Kalo in case terserempak ngan budak Syed Putra pun no hal lagi la nak gaduh. Hehe.

Apa yang aku nak highlight ialah kawan kita Mohd Hafiz Ahamad atau lebih dikenali dengan nama Cheng dah pun selamat terbang ke Glasgow nak further study kat sana. Cheng dapat offer dari UniKL utk wat master degree kat University of Strathclyde. So, he’ll be having fun with UK Chicks for the next three years.

Bagi mereka yang kena saman time hari raya ari tu plak, jangan la risau sangat. Simpan dulu surat dari ayah angkat tu utk seketika sebab saudara Rosdi Said @ Mat Di skang tengah kursus kat PULAPOL. Insya Allah kalo takde aral melintang atau menegak, beliau akan selamat jadi Inspektor Rosdi. Itu jam nanti, memang kita akan kau tim saman ngan Mat Di je. Mudah-mudahan la..

Yang lain tu, aku tak pasti dan bukannya taknak mendapat kepastian tapi aku tidak berkesempatan. Kadang-kadang aku pun dengar khabar angin je. Cthnya, Azlan Muad @ Lan JPI bakal bertunang tahun depan dengan budak maktab gak. Wallahualam. Kalo btol, alhamdulillah. Bagi Khusairi @ Ali plak, dengan nada yang tak serius dia habaq dia nak menikah taun depan. Tunang dia orang Ampang. Bukan budak maktab ye..

Secara keseluruhannya, aku yakin dan pasti, majoriti dari kita telah pun menamatkan pengajian dengan jayanya dan ada sebilangan yang sudahpun berkerjaya. Aku tak mampu nak update semua tapi aku harap la kita sesama kita tak putus hubungan dan terus-menerus saling berSMS atau calling mengalling. Tapi, mostly diorang ni bekerja kat area Selangor / KL la. Only certain je yang lepak kat luar kawasan liputan.

Aku sedar akan kekastaan yang wujud dalam penyaluran maklumat dalam blog ni. Sesungguhnya, aku mengalu-alukan additional blogger tak mengira jantina mahupun kelas. Feel free to mail me at marionette_228@yahoo.com. Aku akan add korang dalam list blogger which means those who are listed will be able to write and share anything.

This is everyone’s blog and not just for me and airmood. Pakcik ayam won’t give a damn, would he? Salam aidilfitri dari kami angkatan ke 16 MRSM Beseri (2000-2001)




nak anta mat di naik bas


open house umah sox


di umah baru cheng - bukan kat scotland la.. bintong.


on the way balik dari umah cheng, singgah jumpa encik architect - im..


sume gambar amik dalam pose gambar batch. agak suck la tapi belasah la. janji ada sumthing utk kita treasure. apa pun, semoga reunion di PD taun depan jadi kenyataan dan mendapat hebahan dan sambutan ramai..

vena veda vinca..

1 comment:

afai said...

alop kwn2...lama tk dgr cter korang dow...jgn lupe aku...hehehe...


Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213