Assalamualaikum W.B.T.
Setelah beberapa kali wat post, aku pun dah tebal muka sket sbb asyik tukar je program. One thing for sure, 17-18 tu konpem la kan.. Dengan ini, aku dan juga mewakili committee reunion kali ini, memohon jasa baik anda untuk membuat pembayaran dengan kadar yang agak segera. Ini bertujuan untuk:
- mengompemkan jumlah apartment yang akan kita book (setakat ini quotation limited untuk 50 orang)
- memudahkan proses pembayaran deposit kepada pihak Glory glory beach resort (bukan fan MU)
- membolehkan pihak committee mengeluarkan senarai hadirin sesegera mungkin. (terdapat desakan dari pihak-pihak tertentu untuk mengepost list ini...)
Oleh itu, dengan ini diumumkan bahawasanya tempoh terakhir pembayaran adalah pada
20 April 2008
iaitu tempoh sebulan sebelum tarikh berlepas. Maklumat pembayaran telah pun dipostkan terdahulu. Jadi, segeralah ke bank² berhampiran dan buatlah pembayaran menerusi pemberaturan di kaunter, mesin cash deposit, Maybank2uNme, CIMB click, Mastercard, VISA, AMEX, JCB, debit card, prepaid Mastercard, Visa Wave, dan yang sewaktu dengannya.
Sebarkanlah kepada rakan-rakan anda semua. Bagi setiap 5 rakan yang mendapat khabar dari anda, anda akan dihadiahkan dengan segelas minuman percuma apabila tiba di PD nanti (jangan percaya ayat ini!)
No comments:
Post a Comment