angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

suria perkasa hitam

ini gambar bilik yg aku amik sendiri. cik azizah bagi masuk tgk..

ini court volleyball, beach soccer tak nampak cz jauh sket.

beach view


ini swimming pool dia. tempat BBQ dinner kita


Ch.. Check it out..

Assalamualaikum

Dah lame gile aku x online ni. Bz macam ape tah. Shoutbox pun aku x sempat nak tgk. Aku tgh taip post utk kali ni kat bilik je. Nanti aku online baru aku publish. Minggu yg agak mencabar jiwa aku gak la. Haha.. Konon la sgt. Ada beberapa perkara penting yg aku dah setelkan minggu lepas. Memang totally penting la bagi aku. Aku terpaksa set aside assgmt aku yg berbukit tu. Kiranya, road trip aku ngan tok uban ari tu agak successful la.

Banyak benda yg aku nak cite tapi aku nak wat bagi jadi simple. Kiranya, kitorang plan nak gi KL, jumpa certain2 orang n balik tu nak singgah cherating. So, pendekkan cite, kitorang gi KL ari tu sempat jumpa emud, kutu, raja, izzah, nana, mazlifah, afai, talub ngan topoi. Mintak maap la pd org-org lain yg kitorang x sempat nak contact. Kitorang pn xtau nak jumpa sape ari tu. Redah punya redah mengikut kesesuaian, itu la hasilnya. Jangan la cakap aku bias ke mende. Aku pun pelik gak, budak akaun je yg aku jumpe. Aku berharap la nak jumpe wakil kelas lain. Aku call epi, balik ipoh la plak member.

Tujuan kitorang gi jumpe pun bkn ape. Just nak inform directly pasal benda ni. Asyik contact via sms ngan frenster je. Face to face baru bleh cite panjang. So aku mengharapkan pada diorang-diorang yg aku jumpa ni utk spread the news. Itu je. Aku pun nak tau feedback dari org ramai. Nampaknya secara kasar, ramai gak la yg berminat. Tak tau la yg btol2 nak gi nanti brape org.

So, balik dari KL tu, kitorang saje la meredah jalan jauh semata-mata nak singgah kat tempat yg bernama Suria Cherating Beach Resort tu. Kitorang siap usha ClubMed tapi nak masuk pun ade security jaga. Hehe.. Malas la. Sampai je kat Suria, dengan saspennya kitorang turun. Aku dah blur dah. Ape yg nak wat dulu ni. Kaget sungguh! Last2 tok uban ajak gi survey tempat dulu. Kitorang pun berlagak la mcm org yg stay kat situ. Aku jalan2 gi usha2 n amik gambar sket. Bagi aku, tempatnya mmg best. Itu je aku bleh cakap. Sesuai la utk reunion kita nanti. Insya Allah.. (nanti aku post gambar yg aku amik)

Pas dah setel dah sesi mengusha, aku pun gi la kat receptionist tu. Saspen ni.. Aku bagi salam, dia pun jwb salam. Heheh.. Aku introduce diri aku kat dia n dia tanya aku dari mana. Ape aku nak jwb? Aku pun belasah la maktab perguruan kota bharu. Dia suruh lepak jap. Dia gi panggil otai dia. Dup dap dup dap jantung aku. Biase la. Aku tak reti sket untuk wat benda2 formal ni. Tak reti. Dtg la sorang akak ni.. dia ajak lepak kat satu meja n dia tlg amikkan ashtray utk tok uban. Cik Azizah namenye. Orgnye mcm laki sket. Aku pun tak cakap banyak. Tros bagitau tujuan aku gi situ. Dia pun ok je. Tros tanya aku nak bajet dalam brape ratus? Ape aktiviti yg nak wat? Aku pun bagi semaksimum mungkin. 200! Haiyo.. Selambe je aku letak price tu.

Kitorang pun bincang punya bincang.. Last2 dia nak aku konpemkan la. 16-17 jun takleh wat sbb tempat dah fully booked. Aku terpaksa la postpone ke next weeknya. Hasil perbincangan dgn Oh Azizah tu, aku concludekan details Reunion MRSM Beseri Batch 16 di Cherating ni..

Venue:Suria Cherating Beach Resort

Date: 23-24 Jun 2007

Price: RM 160 (tak termasuk bas lagi)

Details:

Kite akan bertolak dari KL ngan bas ke Cherating.Suka aku nak ingatkan yg lunch utk first day tak disediakan. Sampai je Suria, dia bagi setiap orang Welcome Drink katenye. Pastu, korang akan check in sebilik 3 orang. Aku bleh je nak wat sebilik 2 orang tapi price dia jadi mahal sket la. Ok.. Pas check in tu, korang wat la ape yg patut, mandi n smyg dulu. Rilek2 tenangkan fikiran. Petang tu, free activity sbnrnye tapi aku dah booked utk beach soccer and volleyball. So, kpd sape yg interested, bleh la main. Yg tanak main tu bleh lepak coffee house ke, gi jalan2 kat pantai ke.. Terpulang la. Yg penting, korang x kuar gi merayau jauh2. Hehe.

Malam – Pas maghrib, kita akan ada BBQ dinner! Mengikut kata Cik Oh Azizah tu, kalo cuaca ok, kita akan wat kat tepi pool. Ruang dia agak ok la. Tapi kalo ujan, kena wat dalam restaurant yg agak kecik bagi aku. Xpela tu.. Dia ada tanya, nak pakai set karaoke tak.. Aku cakap KIV dulu. Kang aku amik kang, xde org nak nyanyi. Rugi duit je. Lgpn, kena tambah duit lagi la. Masa BBQ dinner tu, aku akan jemput la beberapa org yg nak berucap or dedicate pape ke.. Tapi bab PA system ni aku lupe plak nak tanya Oh Azizah tu.. Nanti aku tanye k? ha.. Suke gak nak bagitau, Oh Azizah ade cakap ngan aku yg malam sabtu, diorang ade pasang big screen utk AF.Kpd penggemar AF tu, bleh la tgk. Tapi, bulan jun nanti ade lagi ke AF? Kalo ade, ok la.. Pastu, korang balik la bilik tu. Wat ape yg patut. Nak bersembang ke, dating ke ape ke tapi pandai2 la. Korang sume dah besar..

Pagi esoknye – Bgn pagi, gosok gigi.. Ade sarapan menanti. Aku tak tau bentuk b’fast yg disediakan tapi buffet la. Since korang byr, makan la byk2. Sbbnye, pas b’fast kita akan main permainan! Telematch tu aku yg pilih. Tapi tak tau la ok ke tak. Bleh edjas lagi nanti. Kita akan main permainan berikut:

  • Mini treasure hunt
  • Drinking coke competition
  • Paper Dancing
  • Brick Walk
  • Win Lose or Draw

Ade banyak sebenarnye permainan. Aku main pilih je. Kalo ade suggestion n sokongan, aku bleh tukar. Pas abih main permainan ni, korang bleh la gi mandi2 n berkemas. Tengahari nanti, gi la mamam. Lunch disediakan wat kali terakhir. Hehe. Mase tu la kita akan wat sesi bergambar n bersalam-salaman. Have fun guys! Aku tak tau la kalo tentatif yg aku atur ni tak memuaskan ati korang lagi..

Panjang post kali ni. Gile la..

p/s: tok uban tgh wat paperwork utk bas. Jgn risau. Bas akan tambah rm30 je lagi..

suria cherating beach resort



ini gambo preview sket suria beach resort..

why oh why cherating..

Assalamualaikum W.B.T.

Howdy ho.. aku dah bekerja keras 57% dah utk reunion ni. hehe. aku try la contact seramai mungkin even tho ade yg aku masih blom contact. aku pun takde la ramai sgt contact. tapi bleh la kan. ngan ade tambahan info dari budak2 ni, alhamdulillah..

ramai yg berminat. aku tak tau la. maybe just minat je. maybe mmg wholeheartdly nak berjumpe kawan2. tapi, aku berminat ngan persoalan why cherating.. majoriti dapat soalan camtu.. emm.. aku dah pun explain kat post before ni. cherating is an escapade gateaway.. mende maksud pun aku tak tau. macam best je bunyinya. tinggal la klcc or midvalley tu. btol2 nak gather ke camtu? aku bukan nak piss off mana2 pihak tapi among feedback yg aku dapat, diorang kecewa ngan gathering before2 ni. maybe bukan salah org yg organize. aku rasa problem venue and activity masa gathering tu. takkan la korang nak gerak gi foodcourt dlm 30 org skali. tak ke mcm anak itik.. mcm rombongan skolah rendah.. dats y aku pilih cherating. bkn aku yg pilih. kitorang yg pilih.

masalah transportation? aku dah plan, depends pada individu la. yg rasa dekat ngan kl, kita akan gerak dari KL ngan bas persiaran chartered. nak double deck pun bleh edjas tapi bayar lebih sket la. ni kira kapasiti dalam 30-40 org la. utk yg dari utara, hangpa bleh mai turun kelantan dulu.. dari sini ada la beberapa bijik kereta utk muatkan hangpa suma. tapi sumanya depends pada crowd la. need for more? haiyo.. suria cherating beach resort, three star gak la. the comfortable room with reasonable price. bbq dinner and bab telematch tu, skang ni nak reconfirm balik la. kalo nak telematch kena up sket. or maybe ada pihak bagitau aku yg dia nak sponsor. we welcome any sponsors out there. cuma aku tak wat paperwork utk sponsor sbb aku tanak jadi formal.

isk2.. utk pengetahuan semua, sambutan dari pihak Adam amatlah memberangsangkan.. sebaliknya bagi kaum Hawa, terdapat pelbagai alasan yg dikemukakan. masalah kos yg terutamanya la. aku pun dah pesan awal2, menabung la sket. maybe dapat sebulan 100 pun kira ok la. aku bukan apa, nanti korang dah berfamily, memang susah la nak participate dalam social gathering camni. percayalah.. setakat ni yg aku dgr, pok wa je akan berkahwin dalam masa terdekat. polo post dalam bulletin nak bertunang bulan 6 ni. tgk la kawan2, suma org dah menjelang dewasa. masa muda takkan dapat kita beli ngan wang ringgit. kalau dah tua dan berwang, korang takkan dapat masa utk hang out lagi.

tah la. aku yg beria sangat kot. maybe org lain tgh tunggu nak ketawakan aku. ada yg pilih sikap wait n see. aku tak kesah la sikap korang, aku bukan murizah atau shaariah dahaman. aku adalah kawan yang concern, prihatin?, rindu akan hari-hari riang dan duka di MRSM Beseri. Aku takkan lupa dari tarikh 14 Februari 2000 sampai la ari aku amik paper tasawwur islam SPM. Aku maybe sampah n pengacau. Takde meaning pun dalam idup korang tapi percayalah, setiap org dalam batch kita ada peranan sendiri. Kalo tak, takkan lengkap batch 16. aku pun bukan baik ngan suma org tapi seronok bila kita tinggal jap life kita n look back at the past. aku tersenyum sendiri mengenang hakikat yg aku penah belajar kat MRSM Beseri.

-end of post-

p/s: mohd azwa yusuf akan melangsungkan pernikahan pada 26 Mei 2007..

tok uban? shahril azlan?

Assalamualaikum

Aku skang bz sket ngan training bola n assignment. Jarang-jarang dapat online. Ni aku mengorbankan masa tdo petang aku utk mengupdatekan latest news dari kota bahru.

Well, aku dah gi discuss ngan tok uban. kitorang siap jumpa cousin dia yg keje ngan travel agency. so kitorang pun bagi la gambaran kat akak ni cane plan kitorang. tros dia suggest theme family day utk kitorang. suria beach resort, 3 star hotel.. package utk 2d 1n, siap ngan bbq dinner + telematch (games or sukaneka) la. she said it will cost around RM 250+/- per head. shit.. mahal sial. aku x rase sume org bleh afford bende tu. Tapi package yg dia offer mmg cun la. aku budget mcm nak proceed je. Aku siap nak topup la surplus utk RM50.. meaning to say participants only pay rm200. Tapi still aku tak puas ati. ngan kos korang nak ke cherating lagi, blanje kontigensi yg itu ini la.. haiyo.. cost too much.

Ini la al-kisahnya plak. pas sesi berbincang ngan akak tu, kitorang x puas ati. nak gi survey sendiri kat net. aku bleh cakap yg tok uban ni mmg wat homework dia. malam tu dia kuar ngan pamphlet visit malaysia n ape jadah lagi tah. kitorang pun wat survey n amik notes sket. memandangkan malam pun dah lewat, aku terpaksa la balik ke maktab. tau-tau je malam esoknye, (semalam la) tok uban dah call resort2 yg berkenaan n dah mintak rate sume2 la..
skang ni aku bleh conclude camni...

REUNION B16 MRSM BESERI

venue: cherating
date: 16-17 june
fees: rm150-170

we will depart from kl by bus (chartered) and get back to kl by the same bus

what else you could ask for? he fucking did his homework.. that's why i love him..

tapi, ini tak finalised yet. skang talub tgh nak gi round IPTA in central region n nak tau date paling sesuai.. aku ngan tok uban maybe nak kena gi jumpa face-to-face ngan org resort ni. bagi kautim dari a-z.. and, aku nak wakil dari kaum hawa dalam 3-4 org utk melancarkan lagi perjalanan kerja ni semua.. insya allah..

Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213