angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

Hunger for Photos?


Well, feel like treasuring the precious moment? Benda alah kat atas ni bleh membantu. haha.. Ini camera sgtla cantik dan menawan. Sony Cybershot T-2. Bagi aku, ini memang teknologi yg tak terkalah bak kata Muhyi. Didatangkan dengan koleksi kaler-kaler yang meruntun jiwa, Sony sememangnya tak pernah tewas dari gaya.

Spec camera ni bagi aku mmg terbaik setanding ngan gayanya. Mmg the cover equates the contents. Dengan kapasiti memori 4gb (internal), takyah dah korang sibuk² nak beli memory card. Itu pun takkan abis space kalo setakat nak snap gambar utk reunion ni. Pastinya 8.1 megapixel akan memberikan kualiti gambar yang terbaik dan takkan pecah kalo dizoom semaximumnya. Teknologi touch screen pun turut dimuatkan dalam kecanggihan tanpa henti camera ni.

Tapi, spec² lain ni aku kurang heran sgt la. Sbb ape? Ala.. Camera lain pun bleh bagi spec ni. Yg mahal tentang camera ni bukan harga dia. Harga mmg la mahal kan? Aku bagi 4 bintang la utk satu lagi pro n aku anggap kelebihan camera ni compare dengan camera lain. Teknologi SMILE DETECTION! Aku sendiri dah experience benda ni masa kat camera fair di PWTC tak lama dulu. Ko tak perlu snap. Just give a decent smile and the thing will go shiny.. Ada 3 kategori senyuman yg dia detect mengikut kadar sensitiviti yang berbeza. Canggih beb.. takyah timer2 dah..

Satu lagi, camera ni blogging friendly. Bab yang ni aku tak sure sgt tapi aku tak kesah sgt pn. Dengan retail price RM1399, korang bleh pilih dari 5 kaler yang cantik bangat seh.. Tepuk dada, tanyalah Ramlal. Wat instalment baru RM 117 /mth. Kalo ade duit lebih atau tersepak kat tepi jalan, aku pastinya akan berkejar ke Sony Style terdekat. Malangnye takde lagi.. haha..

Jadi, jumpa korang sume kat PD nanti. Aku sgt² teruja nak gi reunion yang semakin meningkat participationnya. See you there ladies n gents..

No comments:


Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213