angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

Aku yang kahwin..

(message from siam)

Assalamualaikum W.B.T.

Adapun aku telah selamat menjalani kehidupan berumahtangga dan last week telah berlangsungnya kenduri aku. Aku pohon maaf kalau aku tak menjemput dan tak inform awal-awal tentang majlis aku. Itu adalah atas kelemahan dari pihak aku sendiri. Hehe. Apa pun, aku just nak bagitau yang aku dah selamat kahwin. TQ and peace..



Dari : Anseri


Assalamualaikum semua,

Insya Allah kita akan menyambut ulangtahun MRSM Beseri ke 25 pada bulan April 2010.

Sebagai sebahagian dari usaha utk mengumpulkan dana bagi "hadiah" dari Anseri kepada maktab iaitu Pavilion Jubli Perak, bagi pihak AJK penganjur, saya menjemput kepada mereka yg berminat utk men"design" t-shirt.

Logo utk sambutan 25 tahun boleh didapati di www.beseri25.org. Click pada Logo Rasmi Ulangtahun ke 25 MRSM Beseri.

Hantarkan design anda kepada saya mohdridzuan@yahoo.com atau Nashnashrazali@yahoo.com.

Terima kasih.

Mohd Ridzuan Mohamad Yunus
Handphone:019 355 1135
Email : mohdridzuan@yahoo.com


- jom dapatkan bisness ni

Senarai Yang Hadir dan Hasil Kutipan Pavillion

Salam,

Berikut adalah kehadiran program baru2 ini:

1. Nik Faizal a.k.a. Pok Gad
2+3. Siam dan Pasangan
4+5. Ros dan Syazwan
6+7. Kimi dan Wife
8+9. Yana dan Pasangan
10. Syazwi
11. Nasrul
12. Nazmi (Yong)
13. Faiza

14+15+16. Kawan2 pok gad

Hasil kutipan sehingga hari ini dari B16 yang ada dgn aku: RM400
Kutipan ini akan diserahkan pada awal September.


Namelist, as registered with me...

1. Nik Faizal (Pok Gad) 012-984 8213
2. Cikgu Fazeli Bakar (Siam)
3. Asyraf (Co-knot) yang ni tak dapat dihubungi....
4. Faiza
5. Syazwi
6. Nasrul
7. Kawan Pok Gad
8. Kawan Pok Gad
9. Kawan Pok Gad
10. Nazmi Yong
11&12. Shah Taib (Ramlal) + wife - Yang ni tak dapat dihubungi....
13&14. Mustaqim (Stone) + wife (Masliha)
15&16. Ros + Syazwan (Semank)
17&18. Kimi + Wife
19&20. Yana Muslim + Kawan

Janda Baik 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Persiapan sudah diatur. Berikut adalah tentatif program yang telah diupdate setelah scouting dilakukan.

6.30 am : semua menuju ketempat berkumpul seperti berikut.
- Hentian Kajang
- Seksyen 18, Shah Alam
- Burger King, Petronas Gombak
peserta digalakkan carpooling.
7.30 am : mula bergerak ke Burger King, Petronas Gombak
Game "treasure hunt" bermula. Hadiah disediakan.
8.00 am : Bertolak ke Genting Sempah. Hati2 di Jalan Raya.
8.30 am : Tiba di Genting Sempah. Tempat buang air.
8.45 am : Bertolak ke Janda Baik. Berhati-hati, jalan sempit.
- Lokasi perkelahan adalah dihujung jalan Janda Baik. Sign Board dan batu penanda
jalan adalah sebagai rujukan.
9.15 am : Tiba di Janda Baik. Menyediakan tapak perkelahan.
9.30 am : Ucapan pembukaan dan bacaan doa.
9.45 am : Jamuan ringan dimulakan.
10.00 am : sukaneka. (4 game)
11.15 am : pembahagian Hadiah dan sesi kutipan tabung Pavilion Anseri.
11.30 am : mandi sungai. Maaf, air tak dalam.
1.00 pm : ucapan penutup.
2.00 pm : majlis bersurai bagi sesiapa nak balik.

Senarai nama akan disiarkan selewatnya Rabu ini. Yang mana masih berminat nak join, penyertaan masih dibuka. Yuran penyertaan kali ini RM25 sahaja seorang (Termasuk Makanan).

TQ.

PICNIC JANDA BAIK - 18 JULAI 2009 (REUNION EDISI KE 3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama2 belum dipaparkan kerana masih ramai yang belum memberi confirmation. Stakat hari ini, hanya 20 orang yang bersetuju menyertai misi ini. (Siam, minta tolong confirmkan yang mana termampu)

Pada edisi kali ini, selain dari perjumpaan tahunan, ANSERI akan mengadakan kutipan amal bagi pembinaan pavilion di MRSMB. Setakat hari ini, sudah terdapat RM20,000 kutipan. Masih memerlukan RM130,000.

Tetatif program adalah seperti berikut:

7.00 pagi : berkumpul di tempat yang akan di beritahu
7.30 pagi : mula bertolak ke Genting Sepah.
8.15 pagi : berkumpul Genting Sepah (buang air di sini)
8.45 pagi : bertolak ke Janda Baik (lokasi akan diberitahu kelak)
9.15 pagi : jamuan ringan merangkap breakfast
10.00 pagi : game (akan diberitahu kelak) + mandi sungai
12.30 tgh hari : makan tengah hari
1.30 ptg : solat zohor berjemaah
2.30 ptg : taklimat penutup
3.00 ptg : siapa nak stay, boleh stay, siapa nak tgk MU boleh balik.

secara anggaran, siapkanlah sekurangnya RM100 untuk dibelanjakan hari itu. Termasuk minyak, tol dan makan. Yang bahagian sedekah tu, ikut kemampuan. Tiada paksaan bagi mendirikan tiang pavillion tersebut.

Maklumat lanjut akan tiba bila2 masa. Sesapa yang sudi bekorban harta dan diri demi menjayakan program kali ini dijemput untuk menghubungi aku. Aku tak sempat nak update blog ni sorang2.

Kalau berminat nak buat souvenier, boleh dibincangkan sebelum 11 Julai 2009.

Perhatian anda amatlah dihargai

"SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

-Nik Faizal a.k.a. Pok Gad-
RB00222
AJK ANSERI SESSI 2009/2011

The Gathering

Assalamualaikum,

Seperti sedia maklum, suatu gathering akan diadakan di Rafi Bistro, Seksyen 18, Shah Alam,
Semua adalah dijemput hadir pada 13 Jun 2009, pukul 9.00 malam. Makan bayar sendiri.

(Pada sesiapa tak tahu kat mana Rafi, ianya bersebelahan INTEC Shah Alam)

Jumpa disana....

Jemputan Perkahwinan

Berikut Jemputan Perkahwinan Yang Diterima:

1) Saidahtul Ashikin binti Haji Hassan & Khairul Ikram bin Kamarul Bahrin

Tarikh : 30 Mei 2009
Tempat : Perak (aku tak dapat detail)

2) Nurzati Bayani (nama husband tak dapat detail)

Tarikh : 30 Mei 2009
Tempat : 570 Jalan Kok Majid, Kampung Sungai Pinang, 16040 Palekbang, Kelantan

3) Mohd Shah bin Taib dan Nurain binti Suleiman

Pengantin Perempuan
Tarikh : 6 Jun 2009
Tempat : 4203, Taman Clonlee, Tampin, N9

Pengantin Lelaki
Tarikh : 13 Jun 2009
Tempat : Lorong Masjid, Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan


Semua dijemput hadir untuk semua majlis di atas. Makan free.

It's The Firm. Hooligans do exist in Malaysia!

source by NST Online

KUALA LUMPUR: The Champions League clash between Barcelona and Manchester United early yesterday took place in Rome but one casualty was reported thousands of kilometres away outside a restaurant in Pudu Ulu here.

Rapper Muhammad Radzeley Ramlan, 25, sustained slashed wounds on his head and hands in an attack by Man U fans after the match. Barcelona beat the Devils 2-0.

Radzeley, a member of the rap group Embassy 47, was at Restaurant MZ Pudu with his brothers and friends to watch the game.

It was learnt that during the match, Radzeley's group, which comprised supporters from both sides, traded insults with each other.

"We were kidding among ourselves," said Radzeley at Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre here, yesterday.
"A group of about a dozen Man U supporters seated at a table next to us were watching us. We did not take much notice of them. I was happy that my team won. 

"As we were walking to our cars later, eight men armed with parang suddenly appeared, shouting at us."

Radzeley said the men circled him before the attack. 

"I could not do anything as I was unarmed," Radzeley said, adding that his friends tried to help but was warned by the assailants to stay away. 

The men then ran towards their motorcycles and a Proton Satria. Radzeley and his friends gave chase when they noticed that the car had stalled and the occupants had got out to push it. 

"When they saw us approaching, they abandoned the car and fled into some bushes nearby."

Radzeley said he felt weak and only then realised that he was bleeding from his head and hands. His friends rushed him to UKMMC, where he received stitches for numerous slash wounds on his head and hands.

"I remember their faces as they sat at the table next to us in the restaurant. It was only a game. If they were disappointed that Man United lost, they should have taken it up with the team, not me.

"I'm happy Barcelona won but angry with the assailants. They spoiled a pleasant day."

Cheras police chief Assistant Commissioner Ahmad Amir Mohd Hashim said they had identified the owner of the Proton Satria.

"We are now tracking him down and the rest of his friends involved in the attack."


News taken from NST Online.

UPDATE : PICNIC 18 JULAI 2009 - JANDA BAIK

Assalamualaikum Sahabat,

Berikut adalh senarai nama yang saya dapat dari shoutbox, email dan pelbagai cara lagi. Bagi yang ada nama, sila sahkan kehadiran anda dengan menulis komen pada post ini (seperti contoh). Terima kasih.

Dan senarainya:
1. Nik Faizal (Pok Gad) 012-984 8213
2. Cikgu Fazeli Bakar (Siam)
3. Asyraf (Co-knot)
4. Sharizal (Ijal @ Jiwang)
5. Ina G
6. Nasrul
7. Hafiz (Sox)
8. Yana Muslim
9. Dayang
10. Jamie
11&12. Shah Taib (Ramlal) + wife
13&14. Mustaqim (Stone) + wife (Masliha)
15&16. Ros + Syazwan (Semank)
17&18. Kimi + Wife

Wakil dari ANSERI akan datang memeriahkan majlis ini.
Bagi tempat, keputusan akan dibuat pada 13 Jun ini. Sekian.
Terima Kasih.

SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

ONCE A SIXTEENTH, ALWAYS A SIXTEENTH
GO HANGERS GO

PICNIC 18 JULAI 2009 - JANDA BAIK

Assalamualaikum

Kebanyakkan dah mengundi...
Keputusannya:

Lokasi : Janda Baik
(Nasrul kerja kat Jabatan Perhutanan, nanti aku check ngan dia)
Tarikh : 18 Julai 2009
(ada yang nak 11 tapi ramai tak dapat join pada tarikh tu)
Masa : Dari 8 pagi sampai bosan.
(Rose nak sediakan bekal....)

Setakat ini beberapa orang telah confirmkan kehadiran. Bagi melancarkan pengurusan logistik, sesiapa berminat bolehla meninggalkan komen dibahagian komen atau email terus nama dan nombor contact anda kepada nmfaizal84@gmail.com. Kalau bleh sebelum 12 Jun 2009.

Sempena PICNIC ini juga, saya mewakili ANSERI akan buat kutipan pembinaan Pavilion MRSM Beseri. Taklimat ringkas akan diberi nanti.



Cepat-cepatla email ya, nak planning kuantiti makanan yang perlu disediakan. Pasangan adalah digalakkan untuk dibawa bersama.

PICNIC JULY 2009

Assalamualaikum

Dear All Beserian (B16),

Sekali lagi, saya ingin mencadangkan PICNIC pada July ini sempena dengan tema "Berbakti Kepada Masyarakat". Butiran seperti dibawah:-

Tempat : akan diumumkan selepas tarikh poll tamat.
Tarikh: Sabtu,
11 @ 18 Julai 2009 (salah satu)
Masa: 8.30 pagi smpai 5.30 petang
Yuran:
RM50-RM100 (bergangtung kepada acara)
Satu tabung kutipan Pavillion MRSMB akan diadakan.
(Kewajaran RM50 seorang)

Acara ini juga akan menjemput wakil dari ANSERI bagi menyerahkan kutipan B16 bagi Pavillion MRSM Beseri.

Sila bagi kerjasama bagi menjayakan majlis dan hebahkan kepada rakan-rakan yang lain. Nak bawa pasangan adalah digalakkan. Nak bawa org luar pn tak pe. Lagi ramai lagi best.
Sesiapa yang berminat menjadi urusetia boleh menghubungi saya.

p/s: 20 orang datang pn dah kira ok kali ni....

Mesyuarat Agung Tahunan ANSERI ke 12

Dari Website ANSERI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa, ANSARA Cawangan Beseri (ANSERI), akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke Dua Belas (12) pada tarikh,waktu dan dilokasi seperti dibawah:-

Tarikh: Sabtu, 30 Mei 2009
Masa: 2:30 Petang - 5:30 petang
Lokasi: PEMANGKIN HALUAN, 16-1 - 16-3, Jalan Dinar A U3/A,
Taman Subang Perdana, 40150, Shah Alam, Selangor.

Pendaftaran akan bermula jam 2:00PM

Agenda Mesyuarat Agung pada kali ini adalah seperti berikut:

a. Ucapan Aluan Presiden 2007/2009
b. Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 11 ANSERI
c. Pembentangan Laporan Tahunan 2008
d. Pembentangan Penyata Kewangan 2008
e. Pembahasan Usul-usul dan Lain-lain hal
f. Pembubaran AJK 2007/2009g. Pemilihan dan Perlantikan AJK 2009/2011
h. Ucapan Presidan 2009/2011

Memandangkan terdapat Pemilihan AJK pada tahun ini, ahli-ahli ANSARA Beseri yang berdaftar dan masih aktif keahliannya, adalah layak untuk bertanding didalam pencalonan pada tahun ini. Untuk menyemak status keahlian, sila hantarkan email kepada info@anseri.org dan nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda didalam email tersebut.

Borang pencalonan boleh didapati disini -http://www.anseri.org/files/agm12-calon.xls
Borang usul dan resolusi boleh didapati disini -http://www.anseri.org/files/agm12-usul.doc

Semua warga ANSERI dijemput hadir ke mesyuarat ini. Sila sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan ANSERI yang lain.Sekian dimaklumkan.

Wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
Setiausaha ANSERI
Regards,
FahRoe Ibrahim
B7, 91431
+==============================+
WWW : www . fahroe . com
DOT : fahroe(at)anseri.org
HAM : 9W2BBS
VOICE : +60 - 12 - 235 3769
BBS : bbs.rindu.net

dari pok gad: jom kita ramai-ramai daftar ANSARA/ANSERI
tahniah kepada yang baru khawin...sori tak dapat hadir...

Pavilion Jubli Perak MRSM Beseri Donation Drive

Assalamualaikum....

Petikan dari Mailing list Anseri.

Pengenalan
MRSM Beseri telah dibuka secara rasmi pada 1 April 1985. Setelah hampir sukuabad beroperasi, lebih 6000 graduan yang bakal mewarisi negara telah dilahirkan di sini.

Sebagai tanda penghargaan kepada institusi yang telah banyak berjasa, maka Persatuan Bekas Pelajar MRSM cawangan Beseri (ANSERI) sedang berusaha untuk menghadiah sebuah Pavilion atau Astaka. Tanpa MRSM Beseri sebagai langkah permulaan, mungkin ramai bekas pelajar tidak akan berada di tahap mereka sekarang ini.

Pavilion ini akan dibina di atas padang MRSM Beseri untuk kegunaan sebagai pentas bagi acara seperti sukan, perhimpunan dan persembahan. Sumbangan ini selari dengan motto ANSERI iaitu "Giving Back to Society" .

Bagi menjadikan hadiah ini lebih bermakna, pembinaan pavillion ini berkonsepkan:

1) Sebahagian besar kos pembinaan ditanggung hasil sumbangan dari bekaspelajar MRSM Beseri sendiri. Sumbangan yang dihulurkan bukan saja dari segi wang ringgit, malah idea, masa, tenaga, khidmat perunding dan sebagainya.

2) Kepakaran perunding professional seperti akitek, juruukur bahan dan perunding kejuruteraan juga merupakan sumbangan ikhlas dari kalangan bekas pelajar, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

3) Perasmian Pavilion ini dirancang semasa majlis sambutan ulangtahun MRSM Beseri yang ke 25.


Perancangan projek
1. Mesyuarat permulaan projek 11 Apr 2009
2. Final design 30 Apr 2009
3. Kelulusan pihak berkuasa 31 Jul 2009
4. Pembinaan bermula 1 Okt 2009
5. Pembinaan Pavilion siap 31 Mac 2010
6. Majlis Perasmian 3 Apr 2010

Tamat petikan.


So sahabat, memandangkan inaya sambutan yang agak besar, saya mencadangkan B16 akan mengumpul dulu dana sebelum difoward ke ANSERI. Oleh yang demikian, suatu tarikh akan ditentukan untuk penyerahan dana.

Kalau di ambil kira... 6000 bekas pelajar x RM50 = RM300,000
Mengambil kebarangkalian 50% sahaja, RM300,000 x 50% = RM150,000

Sila nantikan maklumat lanjut...

SPKG '09

Assalamualaikum kawan-kawan semuaaaaa.

Yeaaaa, SPKG '09 telah pon berlangsung pada hujung minggu lepas, di mana batch Siam telah menghantar 8 orang wakil. Oh ye, masa kitorang kat sana, susah betul cikgu-cikgi nak ingat batch kita.

"Kamu Batch 16? Errrr, yang mana dah tu?"
, tanye Cikgu Farijah yang ajar prinsip akaun.

"Ermmm, presiden nama Azad tu la cikguuuu".

"Yang mana eh? Ohhh, si Siam tu batch kamu ye. Kamu semua ni batch Siam ye. Name apa dah? Fazeli ek?". Haaaaa, tengok, femes tak femes Siam. Nama pon batch Siam jadinye. So, should we change this blog's name to angkatansiam.blogspot?

Anyway, huh, memang best lah reunion tu. 4 bijik kereta kot menghala dari selatan ke utara. Aku, Pokgad ngan Sirol satu kereta, while Kimi ngan Syazrul 3 jam blakang kitorang. Hujan tak hengat beb. Syazwi ngan parents dia, sambil-sambil makan angin kat utara. Faiza Kaply, the only lady, datang sendiri. Tengok, semangat tak semangat. Oh ye, Moin pon pegi, tapi aku tak ingat camne dia pegi. Tapi dia orang Perlis kan.

Hujan + malam = Jalan licin + nampak tak nampak.

So pagi Sabtu tu kitorang gi MRSM terchenta. Jumpah peserta ada la dalam 50 orang kot. Sampai-sampai sana, tengok putera puteri Form 5 dok dengar taklimat "how to answer SPM English paper". Pendaftaran terpaksa di tunda 2 jam kemudian. Ah, ape lagi, gi ronda maktab la kitorang. Nak carik lubang fly dulu-dulu, agak nye ada lagi tak.

Dulu Dewan Seri Beseri, kita panggil DSB. Dah tukar nama okayy. Dewan Dato' Syed Putra. skang dah jadi DSP. P tukar jadi B. bunyi tetap sama jerrrr. Ada aircond tau. Dulu ngelat malas pi dewan. Skang aku dengar pakat suka nak ke dewan kalau ada function apa-apa. Best tidoq.

Aku ingat lagi first-first sampai sini tahun 2000, ingatkan ni la tempat perhimpunan. Ye la dengan bendera, tmpat berucap smua.

Ni time majlis perasmian SPKG. Pengetue, Cikgu Abdul Hamid. Yang belah kanan tu. Kat tepi dia Presiden Anseri. Kitorang dok atas pentas okayyy. Rasa macam cikgu pulak. Eh apsal aku rasa kecik plak dewan ni. Dulu dari hujung ke hujung, jenuh nak sampai.

Petang tu, ada mock interview. Kalo 8 tahun dulu kene berdepan ngan senior, jawab soalan, haa, ni kitorang plak yang bagi soalan. Terasa kepoyo-an tapi nak buat camna, dah memang part of activity SPKG. Sambil-sambil usha puteri-puteri Form 5 kannn. Haishhh! Pervert. Umoq 25 pi la cari yang 20-an. Hahaha.

Oh ye, tahu kah kamu, sekarang MRSM kita dah ada form 1. Start tahun lepas lagi. So tahun ni dah ada Form 1, Form 2, Form 4 and Form 5. Pokgad habaq kat aku, maknanya tahun depan baru cukup la, Form 3 akan ada. Aku conpius, mana nak datang Form 3 tu? Budus! Datang dari budak-budak Form 2 tahun ni la. Ngok la aku ni. Abis program mock interview, pi round-round maktab lagi sblom pulang hotel kat kangaq.

It's autumn in Beseri. Tepi Block C. Cantik jugak MRSM kita ye. Ada scenic view jugak ye.

Kawan-kawan, sedih betul pemandangan ini. Block B. Aku dok berdiri kat tempat aku main takraw dulu-dulu ni. Block B ngan Block C dah di kosongkan, dan akan diruntuhkan. Malah, diorang cakap blok ni tak selamat lagi dah. Tapi lepas dok gelidah kiub masing-masing, baru dapat tau tak selamat.


Blok akademik Form 5. Tapi sekarang tak pasti untuk form brape.

Padang tempat Siam buat bicycle kick nak score, tapi haram bola pon tak kene. Siam sorry weh. Aku masih takut kat hang. Aku gurau je weh.

Dulu, lari marathon maktab kat jalan ni, pusing satu maktab. Tak tau plak boleh monteng.

Rasa macam selisih ngan budak cun kot, sebab tu pusing blakang nak tengok skali lagi. Tapi kat gambar ni takde ape pon. Hmmm....

Ni hari keesokannye. Ahad. Pagi tu ada career talk. Masing-masing bagi tips itu-ini lah. Ni kelas yang berminat ngan kejuruteraan. Gambaq gelap skit, aku tak pasang flash. Malu lah setiap kali ambik gambaq pakai flash, satu kelas pusing kpala tengok aku.

Sesi penutupan, Pokgad, Sirol ngan aku tak pegi. Kena balik awal lah. Anyway, sempat lagi la bergambar kenang-kenangan kat dalam dewan ngan kat Surau Taqwa (hehe padahal tak ingat nama surau tu, tengok kat gambar baru perasan ada nama surau).

Surau Taqwa. Masih sama. Kat dalam surau masih carpet sama, dah makin nipis jadi nye. Aku ingat nak tanye brape kos re-carpeting lah. And kalau stuju, kita pakat derma. Tengok lah. Dua orang tu dari batch senior, tapi aku tak ingat batch mana.

Dalam DSP. Uhh, best aircond, sebab tu mampu senyum. Oh ye, dua orang tak dapat masuk gambar. Faiza Kaply dah balik time tu. Moin plak, hmmm, awat hang tak sama-sama pakai baju SPKG? Kalau tak dah boleh masuk sama dah.

Sebak hatiku meninggalkan perkarangan MRSM Beseri. Ah poyo jek. Tapi sedih jugak la. Dah 8 ttaun tak pi. Dua hari melawat, kene balik KL dah. Rasa macam nak je tidoq kat kiub satu malam, pastu bangun Subuh, mandi air kapur, pakai uniform, sarapan kat DS pastu lari-lari gi kelas sebab dah lewat.

Ah, those were the days!

Wedding Ros & Syazwan di Serdang




Dari Wedding Ros dan Syazwan di Serdang....
21 Mac (Sabtu), Serdang - Majlis perkahwinan Mohd Nursyazwan Pahmi (25) dan Ros Erwina (25) telah berlansung dengan jayanya di sebelah SRJK Cina hari ini. Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu telah dimeriahkan lagi dengan acara persandingan pada pukul 2.00petang. Tema hijau yang dikenakan pengantin memang sesuai dan menceriakan lagi majlis tersebut. Majlis yang berakhir pada pukul 4.00petang itu dihadiri lebih dari 800 tetamu yang terdiri daripada sahabat handai dan ahli keluarga. - REUTERS

Sirih Pulang Ke Gagang 2009

Assalamualaikum

Last Call untuk SPKG 2009. Jom ramai2 kita memeriahkan majlis ini tahun ini. Balik tgk tempat kita tido, main, skodeng, makan, minum, dating, berak, kencing, la****, gaduh, buli, fly dan sebagainya. Kalau nak pegi sendiri, mati pn malas.

So, sempena majlis ni, sesapa yang ber kesempatan tu, jom la kita meriahkan bersama. Sabtu belah malam, acara bebas, so, kita bleh la nak buat gathering kat Tok Mek Timah Tasoh....hahahaha....Nasi Goreng Daging Merah.....

Sapa lagi agaknya cikgu kita yang ada.....

sila layari http://www.anseri.org/

Jumpa di Sana....

Jemputan Lagi

Assalamualaikum....
Kali ni dari Aslina Asni....
Tarikh : 5 April 2009 (Ahad)
Lokasi : Sri Iskandar, Perak



Selamat Pengantin Baru....Semoga Berbahgia Selama-lamanya.....

Assalamualaikum...
Ni satu lagi undangan perkahwinan dari sahabat B16 MRSMB....
Faizal Hakimi (Kimi)....

Faizal Hakimi Hj Kasim & Irdamirah Hj Imran
Rumah Pgantin P'puan : 25/4/09 (Sabtu) - Masjid Tanah, Melaka
Rumah Pgantin L'laki : 2/5/09 (Sabtu) - Arau, Perlis
Semua sahabat dijemput hadir....
p/s: dah jadi blog promosi perkahwinan....hmm, sesapa nak buat majlis kat area KL & Slgor, n belum ada jururunding, boleh la cuba hubungi aku...tq (iklan ini tidak ditaja)

Kenduri Khawin (Ros & Syazwan)



Assalamualaikum
Untuk makluman saudara-saudari sepejuangan sekelian, kak ros dan abg semank nak kawin dah. Details are as below:

Rumah Ros
Hari & Tarikh : Sabtu (14 Mac 2009)
Tempat : No. 53, Kampung Dengdang, Beruas Perak
Acara : 12.00 tgh hari - 4.00 petang
Bersading : 2.00 ptg

Rumah Syazwan (semank)
Hari & Tarikh : Sabtu (21 Mac 2009)
Tempat : No 3, Lorong 4/5B, Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan
Acara : 12.00 tgh hari - 4.00 petang
Bersading : 2.00 ptg


Tahniah Ros dan Syazwan....

Jemputan Khawin (Stone & Masliha)



Assalamualaikum

Seperti yang saudara-saudari sedia maklum, abg mus dan masliha nak kawin dah. Details are as below:

Hari & Tarikh : Sabtu (7 Mac 2009)
Tempat : Kolej 11, Universiti Malaya
Acara : 12 tgh hari hingga 4 petang
Bersading : 1.30 tgh hari

Ok, kalau nak pegi sama-sama, jagn lupa ctct la kitaorg....

Tahniah Stone and Mas....

Bilik Untuk Disewa

Iklan....

Bilik Untuk DiSewa....



Lokasi : Apartment Sri Ixora, Seksyen 27, Shah Alam
Sewa : RM270/month
(inclusive of electric, water and furnishing....w/o beds and curtain)
Gender : Male only (Female kena tanya mak dulu)
Tempoh : Jangka masa pendek.....2 hingga 5 bulan


Jika berminat, sila hubungi Nik Faizal (Pok Gad) - 012-984 8213
Sessi berkenalan akan diadakan.
Iklan ini hanya valid sehingga bulan December 2009...

Terima Kasih...

Selamat Tahun Baru

Walaupun agak lewat, tapi, aku rasa masih sempat unuk aku ucapkan:

"Selamat Tahun Baru 2009"

dan

"Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430"


So, apa azam tahun baru ni? 26 Januari ni Tahun Baru Cina plak. (Selamat Menyambut Tahun Lembu).

Apa plan untuk B16 tahun ni. Adakah sampai di sini saja memandangkan ramai antara kita dah dan akan mendirikan rumah tangga. (Aku rumah dah ada, tapi kena naik lif, sebab tinggi).

Plan aku, oleh kerana blog ni tak de pengunjung setia, aku nak jadikan blog ni sebagai blog aku untuk entry peribadi dan umum. Banyak siri-siri baru akan diperkenalkan.

Sebagai penutup ucapan tahun baru ni, sekali algi aku menyeru supaya hidupkanla blog ni dengan entry dan cadangan menarik. Apa2 hal mengenai B16 (reunion atau gathering atau kahwin), silalah hebahkan di sini. Hubungi la kami admin2 blog ni.

Wassalam.

Semoga Tahun 2009M dan 1430H ni akan lebih bermakna.

Lokasi PICNIC B16

PICNIC bulan Julai

Labels

NST online

Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213