angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

Salam Belated Aidilfitri

Assalamualaikum

Dah lama dah aku tak nulih dlm blog ni. Malas tu satu hal. Tapi notebook aku rosak n baru je siap. Pape pun, dalam kesempatan sementara kita masih lagi dalam bulan Syawal ni, aku ingin mengambil kesempatan nak ucap Selamat Hari Raya kat semua orang dalam batch 16 ni. Aku ingin memohon maaf dan menyusun 20 jari tangan dan kaki aku.. Aku pasti aku tak lari dari melakukan kesilapan. Banyak rasanya silap dan ego aku sepanjang kita bersama kat Beseri dulu. Aku harap sangat dosa-dosa silam masa jahil dulu dapat dimaafkan.

Erm, dah mcm blog personal la plak. Takpela aku amik kesempatan sket. Dalam 2-3 bulan kebelakangan ni, macam2 perkara dah jadi yang melibatkan warga B16 ni. Aku pun tak sempat nak follow up semuanya. Tapi masa hari raya hari tu, aku sempat berjumpa dengan beberapa orang dalam satu hari yang agak bermakna bagi aku.

Sox ada wat open house time raya hari tu. Jadi kitorang yang tinggal berhampiran dengan area situ pun mengambil kesempatan la nak berjumpa. Bilangan tu agak ramai n bleh tahan la. Kalo in case terserempak ngan budak Syed Putra pun no hal lagi la nak gaduh. Hehe.

Apa yang aku nak highlight ialah kawan kita Mohd Hafiz Ahamad atau lebih dikenali dengan nama Cheng dah pun selamat terbang ke Glasgow nak further study kat sana. Cheng dapat offer dari UniKL utk wat master degree kat University of Strathclyde. So, he’ll be having fun with UK Chicks for the next three years.

Bagi mereka yang kena saman time hari raya ari tu plak, jangan la risau sangat. Simpan dulu surat dari ayah angkat tu utk seketika sebab saudara Rosdi Said @ Mat Di skang tengah kursus kat PULAPOL. Insya Allah kalo takde aral melintang atau menegak, beliau akan selamat jadi Inspektor Rosdi. Itu jam nanti, memang kita akan kau tim saman ngan Mat Di je. Mudah-mudahan la..

Yang lain tu, aku tak pasti dan bukannya taknak mendapat kepastian tapi aku tidak berkesempatan. Kadang-kadang aku pun dengar khabar angin je. Cthnya, Azlan Muad @ Lan JPI bakal bertunang tahun depan dengan budak maktab gak. Wallahualam. Kalo btol, alhamdulillah. Bagi Khusairi @ Ali plak, dengan nada yang tak serius dia habaq dia nak menikah taun depan. Tunang dia orang Ampang. Bukan budak maktab ye..

Secara keseluruhannya, aku yakin dan pasti, majoriti dari kita telah pun menamatkan pengajian dengan jayanya dan ada sebilangan yang sudahpun berkerjaya. Aku tak mampu nak update semua tapi aku harap la kita sesama kita tak putus hubungan dan terus-menerus saling berSMS atau calling mengalling. Tapi, mostly diorang ni bekerja kat area Selangor / KL la. Only certain je yang lepak kat luar kawasan liputan.

Aku sedar akan kekastaan yang wujud dalam penyaluran maklumat dalam blog ni. Sesungguhnya, aku mengalu-alukan additional blogger tak mengira jantina mahupun kelas. Feel free to mail me at marionette_228@yahoo.com. Aku akan add korang dalam list blogger which means those who are listed will be able to write and share anything.

This is everyone’s blog and not just for me and airmood. Pakcik ayam won’t give a damn, would he? Salam aidilfitri dari kami angkatan ke 16 MRSM Beseri (2000-2001)




nak anta mat di naik bas


open house umah sox


di umah baru cheng - bukan kat scotland la.. bintong.


on the way balik dari umah cheng, singgah jumpa encik architect - im..


sume gambar amik dalam pose gambar batch. agak suck la tapi belasah la. janji ada sumthing utk kita treasure. apa pun, semoga reunion di PD taun depan jadi kenyataan dan mendapat hebahan dan sambutan ramai..

vena veda vinca..

gambar.. lagi gambar...

A'kum..

Aku dah upload gambar-gambar reunion ari tu yg kamera aku la kat dlm link kat bwh ni. tapi ada lagi kamera pak tam ngan pokgad yg aku tak sempat nak upload lagi. nanti pelan2 aku setelkan la. bagi aku masa sket. ni aku guna gambar yg original. takde scale down atau resize. seb baik muat nak upload. pape pun, sape yg nak share gambar atau nak request gambar, bleh email aku nanti..

http://picasaweb.google.com/angkatanenambelas

Women As Explained By Engineers

Diagram 1


Diagram 2


Diagram 3


Diagram 4



This is not about sexism but its a total joke that I want to share with the guys. Writer meant no offense for the ladies. Any inconvenience pertaining to this post, you can simply text/ring Datuk Sharizat Jalil. Haha.. We all love the ladies rite guys?

rayuan ditolak...

A'kum..

Bertemu lagi kita di dalam rancangan forum perdana minggu ini. Kali ini kita akan membicarakan tentang 15 pelajar MRSM Kuala Klawang yang telah dibuang sekolah akibat memukul junior mereka dengan penyapu.

Wajarkah pihak MARA membuang mereka ini? Ini adalah satu persoalan yang diutarakan oleh pelbagai pihak. Wajar atau tidak, jawapan itu sebenarnya terletak pada mereka-mereka yang dibuang sekolah itu sendiri. Mereka mungkin dengan sebab yang tersendiri, menggunakan penyapu yang pada dasarnya digunakan untuk membersihkan lantai untuk menghukum pelajar junior mereka. Ya, mereka baru berumur 15 tahun. Jiwa sedang memberontak. Bercita-cita untuk menjadi wira dan mempunyai ego setinggi gunung.

Menerusi pemerhatian saya, mereka ini kebanyakannya berkaca mata. Bolehkah kita menggelar mereka budak kacamata? Oh tidak. Apakah rasional di sebalik niat mereka memukul pelajar itu? Adakah mereka benar-benar memukul? Mungkinkah pelajar junior itu tidak ada rasa hormat kepada senior mereka. Mereka ini benar-benar samseng kah? Kita semua pasti tersenyum membaca berita ini di dalam akhbar. Mengapa?

Haha.. Kita semua pernah melalui proses ini. Naik turun Jemaah Disiplin Maktab, berulang-alik ke pejabat dan berdebat dengan guru-guru. Masing-masing menegakkan benang yang basah. Pihak polis juga cuba turut dilibatkan. Emosi menyelubungi seluruh batch. Inilah fenomena dan sandiwara tipikal semasa kita di Beseri. Sifat 'rebellious' itu memang tidak dapat dielakkan dalam jiwa remaja. Sebenarnya, dari sudut pandangan kita yang sudah matang ini, mereka itu bodoh! Berlagak otai dan koya gedebe.. Banyak lagi benda yang boleh dibuat daripada memukul budak. Adakah, kita secara jujurnya berfikiran sedemikian semasa 5-6 tahun dahulu? Tidak sama dua kali.

Namun begitu, saya tidak boleh memberikan pandangan dari sudut perundangan mahupun nilai moral dalam kehidupan. Bagi saya, tiada pihak yang benar-benar betul. Semuanya melakukan apa yang mereka percaya benar dalam hidup. Memukul pelajar junior bukan fantasi tapi kepuasan yang hakiki dan menghukum pelajar yang melanggar peraturan adalah kemestian agar mereka tidak mengulangi kesalahan mereka. Kita selaku manusia yang sentiasa jahil, sentiasa menegakkan, percaya kepada pegangan kepada apa yang kita percaya bagus dan terbaik. Jangan ingat mereka yang tidak memukul pelajar lain itu adalah baik. Tiada manusia sesempurna umat.

Mungkin pelajar MRSM K.K itu dijulang sebagai wira atau legend tapi bagaimana perasaan dan jiwa ibu bapa mereka? Tidak, mereka itu terlalu muda untuk memikirkan semua itu. Percayalah, 5-6 tahun akan datang mereka akan sedar bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah bodoh tapi biarkan mereka lakukan kesilapan itu kerana dengan kesilapan itu manusia belajar. Dengan kesilapan itu manusia bangun dan bina semangat yang baru. Kesilapan mengajar kita beb!

Artikel ini tidaklah memihak kepada mana-mana pihak. Penulis tidak sama sekali menyokong budaya buli namun penulis percaya hak kesamaan untuk hidup harmoni dan bermasyarakat. Sebarang komen dan feedback, boleh lah telefon saudara khalid nordin..

fucking reunion!

a'kum...

finally, aku dah bosan bercakap tentang reunion ni. haha. sume dah setel. tamat. khatam dah untuk taun ni. lalalala.. kredit goes to talub for the inspiration, tok uban for the hardworks and of course the money he spent for making it happened, and not forgotten sume yg pegi n tak pegi.

sebenarnye, ketika menulis blog ni, aku tinggal RM1 je dlm wallet. tok uban pun tgh merempat je kat umah. senang kate reunion mmg sial. haha. aku akui yg aku tertekan. fun mmg fun tapi banyak kos yg kene kuar. itu yg sial. aku dengan jujurnye mengakui aku mengharapkan sedikit keuntungan untuk cover balik kos topup n such. tapi silapnye, bukan tak untung tapi rugi. tak kesah la.. kawan2 nak seronok.

lagi aku dapat feedback, reunion ni tak dapat coverage yg sepatutnye. erm.. ok la kalo camtu. aku dah try maybe tak sedaya upaya tapi cuba untuk reach for people yg aku rasa bleh membantu untuk spread the news tapi since ada yg still tak tau, utk reunion taun depan, aku kena peruntukkan RM1k utk topup n calling2 je. tapi aku kena pastikan yg sume org tau la. takleh miss sorang pun. lantak ar diorang nak gi ke tak kan.. bagus2..

tu pun aku patut bersyukur sbb ada gak certain2 pihak yg empathy ngn kitorg. setakat kuar sen lebih sket, takde hal. thanx la hamba-hamba Allah yang berkenaan. Aku sgt menghargainya. akhir kata dari aku, it was great but great things come with a great cost. Adios n Fuck Off!

Pics from Airmood's Cam...

Nih pic dari kamera aku. Tapi aku x letak semua la. Total pics yang aku ada is around 86 pics. Jenuh laa aku nak letak semua kat sini. Tapi aku akan letak a few la. The rest ada dalam photo page aku. Understandably, mostly ada muka aku la kan. Hahaha.


Dips in the Pool






Time telematch, melepak tepi dan melarikan diri.


Star player, dikelilingi dan dimark oleh 4 orang player yang cuba merampas bola darinya....


Kutu, menunjukkan ketidak tereran nye dan miss open goal...





The guys....



For you ladies, Talub, in what is said to be the most jambu pic he has ever taken. That was his words, not mine. Hahaha.


Kalo sesapa nak tengok ke, nak save ke gambar-gambar dalam kamera aku yang lain ada dalam page nih.

http://picasaweb.google.com/airmood/Airmood <-----for normal, resized, scale down pics....

http://www.fileden.com/albums.php?action=show&albid=11347 <---for high quality, high resolution pics. Pics may reach 3MB per pic.

more n more fun with pics.. highly required by these pupils


water polo.. polo?


a small reunion lunch before they arrived


bangbus yg breakdown.. still bleh sampai oo..


as requested.. gambar ina n liyana..


something that both of us cant resist


we had joy we had fun we had season in the sun.. but the gayness still remain in our heart..


where u can find murizah's name on the net?

Haha.. this is stupid but its true. I went searching for Murizah Ismail in google n i found 2 related site. The one is regarding MARA intranet. Sumthing like database and it says - Datin Murizah binti Ismail - Penolong Pengetua MRSM Beseri (DG48). Unfortunately, the date is not there anymore.

And here's another one, where u can find all of our Chemistry teachers publishing their work on net. http://www.mtsf.org/publications-94-96-p03.htm Give a click then. At least you should be proud coz ur mama's name is published on the net!

congratulations to Ariana (though u didnt win..)

Well, i'm pretty sure most of us had already knew about one of the sixteenth who had been competing for a few months in Pesona Nona. She is Ariana Ahmad (4 O/5N) - if i'm not mistaken.

She made it to the final top six competitors and her final slot was shown on air yesterday. I watched the show and i guess most of us did. Well, she did not win any placing but she had tried her best (though we guys really hope u win!) and as for me, u had won Nana..

Well, last time it was our junior Fuad who made it to the AF and perhaps we could see another faces that we know, somewhere out there, making fortune and fame. I should be doing something by now. Or, i already did back in Beseri where i carved my name in Murizah's heart as she did to me.. haha.. so long and thanks for all the chemistry thing, mama!

a picture worth more than a thousand words.. kalo banyak pictures?

Ini sebahagian daripada gambar dalam koleksi aku. Ada banyak lagi sebenarnya. X larat aku nak post sume. Nanti aku cari photopage untuk upload sume gambar ni. for those yg gi reunion ari tu, aku akan post dvd utk korang tapi amik mase sket la. utk sape yg nak submit gambar ari tu bleh la send cd ke upload kat memane ke utk aku.. hell yeah.. cite pun tak gune. tgk sendiri la gambar2 kanak2 riang ni sume.. aku sendiri tak puas lagi tatap gambar2 ni..




mamam time.. aku taktau la sedap ke tak makanan ni tapi diorang melantak mcm best je..



sume posing gaya dalam majalah mangga.. haha.. bleh anta ni.. (kutu ngan siam tak reti berenang pun)


ladies yg sgt supporting.. regardless of the numbers, diorang tetap rock!!


beach soccer.. sucker!! haha.. masing2 tak larat nak bawak perut..


berbakat ape beserians main terompah gergasi.. haha.. except emud..



ini gambar sume dah checkout.. haha.. nostalgic beb..

for those yg ada suggestion or request pape, bleh la bagitau aku.. sms/email/friendster kan aje sebarang ape2 itu.. b16 rocks beb.. bukan rocked tapi rocks.. habitual actions.. aku sayang kamu semua!!


so went the guys n ladies.. having fun by the beach.. ho ho yeah..

Assalamualaikum W.B.T.

Ari ni dah 2X hb.. Dah selesai dah reunion B16 yg dianjurkan oleh kitorang. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang direncanakan even though ada certain obstacles yg sgt2 mencabar kredibiliti n kesabaran kitorang. Sumenye bermula ngan idea spontan n dibawa menjadi satu realiti yg pada aku satu kejayaan yg tidak lari dari cacat celanya.

Terlalu banyak perkara yg aku nak kongsi ngan semua orang. Bagi mereka-mereka yg join reunion ni, masing-masing dengan cerita yg berbeza. Kesamaan kami adalah, berkongsi kegembiraan berkumpul bersama. Aku terlampau excited n hepi ngan reunion kali ni. Kesedihan tu ada la dlm 0.7% je.

22 Jun 2007

Sesi pre-reunion oleh guys di La Cuisine, Kg Baru. Malam tu kutu ngan kijang diselamatkan oleh Mat akibat simcard sox yg kena block tiba. Haha. 3 biji kete je malam tu. Borak2 n discuss pasal plan nak gerak esok n Mat suggest berkumpul kat Terminal Putra, Gombak. Sume participant diinform secara last minit malam tu. Hehe. Sesi bersurai pastu cz ada yg nak gi amik kereta sewa kat bangi n yg selebihnya gi check in kat Hotel Muda yg tersangatlah ‘bestnye’..

23 Jun 2007

Participants kena berkumpul kat Terminal Putra jam 10 pagi. Aku saja letak pukul 10 cz aku tau diorang ni jenis yg berlengah-lengah. Time aku sampai je dah ramai yg ada kat situ. Gelabah gak aku cz tak budget diorang ni begitu semangat. Situ je ujian dah bermula. Kereta sewa yg diorang amik kat bangi tu pancit tayarnye. Kelam-kabut tok uban ajak aku gi jenguk diorang kat BhP Gombak. Rupenye takde pape pun. Angin x masuk je time pam.

Bila jumlah peserta dah hampir cukup, aku pun refer kat list n suruh talup collect sket fees cz nak bagi duit minyak n tol kat each kereta yg gi. Time tu, ca’ot gagal dihubungi. Adeh. Puas kitorang sume calling. Last2, terpakse proceed la cz dah kol 12 dah pun.

6 buah keta n sebiji van sumenye. Vios Tok Uban, Wira Ah Fart, Wira Ina, Perdana Mat, Neo Sarah Hanim, Kelisa sewa n Van Bongo Talup.Tapi Sarah Hanim tunggu kitorang kat temerloh. Rombongan meninggalkan terminal putra n singgah isi minyak kat shell. Pastu, dengan lafaz bismillah, kitorang bertolak dari situ.

Pada awalnye, sume berjalan lancar. Sampai la tetiba diorang call suruh slowdown cz Bongo Talup temperature naik. Aku ngan Ahfart pun tros stop bawah flyover n berenti amik gambar jap. Tok Uban dah pun sampai Temerloh n aku suruh yg lain proceed dulu. Kitorang gerak slow2 cz nak mamam. Sampai je temerloh, budak2 sume dah berkumpul kat sane. Dapat info yg Bongo dah agak nazak. Kena masuk Bentong cari workshop.. Kelisa sewa yg diketuai oleh Pokgad pun escort diorang.. Adeh.. serba salah jadinye aku.

Kitorang proceed dulu ke DeRhu sbb Bongo inform yg diorang mmg lambat so xyah tunggu. Aku rase x best gak sbb aku takut geng Bongo x sampai ke Kuantan n rugi la diorang. Time kitorang gerak dari Temerloh pun dah agak lewat. Jauh lagi nak sampai Kuantan. By the time sampai kuantan, Vios Tok Uban dah pun sampai kat DeRhu n diorang inform jalan kat kitorang. Sume sesat! haha.. Xde sebiji kete pun yg berjaya smpi dengan sendirinya. Last2 bila dah dapat guide, baru la btol laluannya. Bleh tahan bengong gak org yg wat signboard DeRhu ni. Jalan dia mmg agak susah la. Pening sket.

By the time aku sampai, kuwe dah menanti kat carpark. Dia bagitau aku yg tempat ni best.. Biliknya luas smpi bleh main kejar2 lagi. Tok Uban pun dah call b4 tu bagitau yg tempat ni harmoni. Tak sabar lagi aku. Tapi tu la, ape kejadahnye datang check in pukul 5. hehe. Kat situ timing ada rugi sket. Aku gagal banyak dalam time management kali ni. Xpe2.. Diorang sume dah tunggu kat lobby nak setting bilik. Emud pun wat semak mcm biasa la. Hehe. Kete² lain pun dah sampai dah. Sume skali ade 15 bilik. Hell yeah sume dekat2. Tapi terpakse divide 2 section la. Ah fart amik card n tros gerak ke bilik. Aku pun nak gi taruk barang dulu b4 ape² pun.

Bilik dia memang luas la. *Najis punya serius - (serious shit).. Haha. Smpi² je tros kene rogol ngan ah fart. siolan je. Tapi, aku menantikan untuk bersuka ria di pantai. Cpt² bersalin ngan ah fart n kitorang pun turun la bwh. Skali tgk kanak² ni tgh bermandi manda kat pool. Ni yg aku foul sket. Xpela.. Diringkaskan crite, pas mandi pool, kitorang pun gi la ke pantai untuk amik gambar n wat sandcastle. Tok Uban ngan kuwe ke Kuantan utk shopping 'lingerie'? Yg lain aku rasa keletihan n amik peluang nak rest dulu kot.

Sedang enak berposing westlife kat tepi pantai baluk yg xdela lawa sangat pun.. Izzah datang bwk phone n bagitau aku yg aku kena gi fetch Bongo yg dah terlajak ke Cherating. Haiyo. Jauh gak tu. Aku pun tros ajak Mat ngan Ah Fart bwk keta diorang utk amik kanak2 ini. kitorang dengan basah2nye, redah gak la cz aku enak bersuka ria sedangkan diorang dah miss satu petang. Sian gak diorang..

By the time kitorang gerak kuar dari DeRhu, aku dapat call yg rupanya Bongo rosak lagi kat tepi jalan. Sian sial kat diorang. Kalo aku dpt bas ari tu sure dah tak kecoh macam ni. Then kitorang pun gerak la menyusur jalan nak ke kemaman n rupenye diorang ni tak sampai Cherating pun lagi. Baru kat sg ular. Pas sampai, kitorang anta dulu ahli rombongan yg lain balik ke DeRhu. Tinggal la aku, talup ngan ah fart menanti towing truck dtg amik. BBQ dinner dah nak start dah. Isk2.. Seb baik aku berjaya anta sebahagian besar dari rombongan yg terpisah tu gi dulu. The show must go on. Pendek kata, memang menguji kesabaran sume benda ni. Tabah tak tabah je..

ni last post b4 nak gi kot..

Ok.. Ni post last la. aku dah down sbnrnye ari tu tapi org lain punye smgt sampai aku pun jadi smgt balik. hehe. Ptg tadi aku dah konpemkan, ade 29 org akan gi. Sorg lagi tu tak tau la cane. tgh edjas la ni. Terus terang aku cakap, kitorang yg pegi ni akan gi naik kete sewa n kete persendirian. Hehe. Bas dah lari budget jauh melampau. Kalo 40 org yg gi mmg bleh la nak cover duit bas ni. Tapi memandangkan sambutan yg sgt menggalakkan, terpakse la gi ngan kete. Xpela, janji sampai sudah..

Pastu plak, gals mmg sket la. Itu yg aku agak kecewa tapi tak salahkan mana2 pihak. Aku ok je. Cume sian la kat gals yg gi tu. Aku takut diorang segan2 je. Tapi the show must go on. Aku harap di masa yg akan datang, takkan timbul la masalah gini. Cewah..

Ni final list kanak2 yg nak menyertai lawatan sambil belajar ke Pantai Balok, Kuantan..

  1. Mohd Firdouze Ruslan (mat)
  2. Mohd Hafiz (Sox)
  3. Nik Mohd Faizal (pok gad)
  4. Nazmi (kelas H)
  5. Liyana (kelas M/N)
  6. Sarah Hanim (sama spt di atas)
  7. Shahrul Nizam Saad (Ca'ot)
  8. Muhammad Azam Tasnim (Ah Fart)
  9. Mohd Fakhrul (Chombie)
  10. Mohd Hafifi (Kutu)
  11. Maisarah (kelas ape tah)
  12. Nur Farhana (Nana mon)
  13. Mohd Shahril (Kijang)
  14. Mazlifah Ayob (Kak Pah)
  15. Faizul Ehsan (Afai)
  16. Nazmi (Brooke)
  17. Mohd Faiz (Topoi)
  18. Wan Shazrin Arif (EMud)
  19. Raja Mohd Sharafi
  20. Norazman (Man Bulu)
  21. Mohd Fadhil (Pak Tam)
  22. Mohd Mustaqim (Stone)
  23. Mohd Radzi ( Gayour)
  24. Khairul Ikhwan (Kuwe)
  25. Izzah Ramli
  26. Mohd Fadzlil (Taluban) - otai ni.. mastermind beb..
  27. Shahril Azlan Azizan (Tok Uban/Kota)
  28. Mohd Fazeli bin Bakar (Anak Murizah)
  29. Asnawi (Awi)
Untuk melihat2 dan menjengah rupa De Rhu, sila layari laman web ini..

http://www.pahangtourism.com.my/accomodation/derhu.html

GO B16! Ho yeah ho yeah...

Jumpa anda semua di sana di sana di saaaaanaaaaaaaaaaakubengong..

final touch

a'kum..

weekend ni nak gi reunion dah. tapi macam tak meriah je. haha. xpela.. gi je la setakat mane yg ade. so, kite akan tukar tempat. bukan cherating tapi balok.. de rhu besch resort. yg aku rase lagi dekat ngan kuantan. so pape pun, aku akan contact org2 yg nak gi la. tapi masalahnye aku taktau sape lagi yg nak gi. senyap je.. contact la aku. aku dah malas nak contact org. hehe..

maybe kite akan gi naik kete je konvoi ramai2. ini disebabkan bas yg mahal n org pun terhad. kalo 40 org yg gi, bleh gak nak usahakan bas. papepun, see u guys this weekend..

hasil? kerja? kuat? tak kuat? letih dan fed up? burnt out?

ok.. itu la list hasil dari kerja aku beberapa bulan ni. aku dah all out dah. sedaya upaya. tapi aku tak tau la akan ada progress tak. suma org amik sikap wait n see. aku pun banyak belajar banyak perkara tentang benda ni. maybe timing yg tak mengizinkan. aku harap ni titik tolak permulaan la kepada reunion2 yg akan datang.

aku tak salahkan orang sbb tak gi reunion. n aku tak salahkan diri aku sbb beria nak wat reunion. aku bukan nak cari untung. kalo nak kaya baik aku jual dadah atau masuk MLM. tapi ini la apa yg kekal dalam ati aku selama 6 taun kebelakangan ni. dalam proses nak wat reunion ni, aku dapat contact ngan ramai org yg aku 'kehilangan' beberapa tahun ni. aku pun asyik ngan idup aku sampai aku tak sedar orang2 sekeliling aku. rupanya aku antara mereka yg pasif berhubungan ngan budak2 batch sendiri. haha..

maybe sbb tu la apa yg aku organize kurang mendapat sambutan. sbb ada hamba allah pernah tegur aku masa aku mula2 came out ngan blog ni. dia kata aku pulun nak wat reunion sedangkan ngn member2 aku tak contact pun. ada benar gak apa yg dia kata tapi bagi aku itu tak bermakna aku lupa. aku leka. hehe.. untuk nak membuatkan keadaan jadi lebih teruk, maybe reunion kali ni akan dilangsungkan kat Port Dickson. Ho yeah! aku terpaksa spoilkan sume ni..

sesungguhnya mengendalikan program macam ni perlukan peruntukan modal yang besar. dan kalau perlu, kita perlukan sponsor. barula takde org merungut dan mempertikaikan isu bayaran. tapi itu sume agak mustahil dengan function yg tujuannya untuk bersuka ria. no charity and benefits for the sponsor. apa pun, dengan jumlah turn out yg tak seberapa ni, marilah kita ke reunion beramai2 atau bersikit2. apa pun, rosdi bin said aka mat di setuju ngan aku. REUNION perlu BERKAMPUNG. mekasih di..

aku sebenarnya dah tahap declining dah ni. kalau ada graf, dah menyusut dah. tapi tak pudar la. go B16! kepada Sox, sori la jumlahnya tak memberangsangkan terutamanya di kalangan puteri-puteri. hehe.. nanti kalau ada reunion lagi, aku akan lantik ang jadi ejen promosi. apa pun, terima kasih kepada mereka yang teruja.. kasih aku ni takleh nak ditunjuk ngan material. hehe. ikut ati nak je blanje suma org gi reunion tapi aku ni mohd fazeli bin bakar. kalau ada DYMM atau YAB, dato, dato seri, mungkin la kot. haha..

SENARAI MAKHLUK YG NAK GI REUNION

Setakat yg aku terdaya pujuk dan yakinkan sehingga 30 mei..


  1. Faizul Ehsan Zulkifli / afai
  2. Mohd Azam Tasnim / ah fart - dah bank in
  3. Radzi kelas G / gayour
  4. Shahrul Nizam Saad / ca’ot - dah bank in deposit
  5. Wan Shazrin Ariff / emud - dah bank in
  6. Izzah Ramli
  7. Shahril Azlan / tok uban
  8. Mohd Hafifi / Kutu
  9. Khairul Ikhwan / kuwe
  10. Norazman berbulu lebat / Man Bulu
  11. Mohd Firdouze / mat
  12. Mohd nazmi wahid / nami brooke
  13. Nur farhana baharudin / nana mon
  14. Nazmi kelas H / nazmi kecik - dah bank in
  15. Nik Mohd Faizal / pok gad - dah bank in
  16. Mohd Fadhil / pak tam
  17. Sox – haha..aku tak ingat nama btoi ang - dah bank in
  18. Hafizul / eppy
  19. Asnawi / awi
  20. Mohd Fadzlil – Talup
  21. Mohd Faiz Fauzi – topoi
  22. Syazreen – Y
  23. Mohd Mustaqim – stone
  24. Mazlifah
  25. Liyana kelas M/N - dah bank in
  26. Sarah Hanim - dah bank in
  27. Siam
  28. Ros Erwina
  29. Naimah
  30. Feroz
  31. Maisara / mai
  32. Mohd Fakhrul / Chombie - dah bank in
Aku post ni seperti mana yg org ramai request. aku harap akan bertambah la jumlahnya. tapi ni pun tak final lagi. akan ada tambah tolak la. pasrah siot. hehe.. ramai yg sangkut ngan exam la keje n such. antara excuse lain, cost n jarak. aku bleh terima kalo cost tapi jarak tu agak takleh terima la. hehe.. kat mane aku nak wat reunion utk puaskan ati sume org? sabah? sarawak? nanti la next time try usha area kl. last skali, tlg bayar deposit cepat! aku dah malas nak bebel. out..

first things first

a'kum..

sori ar lama aku tak post pape dlm blog ni. aku dah nak pecah kpale dah ni. hehe.. separa meletup kpale aku. a few things happened in a few days. aku nak wat kronologi pun malas. tertekan dan letih. so aku made a simple quote la..





26/5/07 - pok wa punya kenduri..

aku tak sempat nak amik gambo byk2.. kuwe yg ade amik gambo pelamin ngan pengapit yg comel lote tu skali. kitorang gi berempat je. aku, tok uban, nami ngan kuwe. rupenye mamat ni dah kawen 7/2 lagi tapi baru wat kenduri. ceh.. dah lame pun lepas malam pertama. erm.. maybe die akan join reunion.. tapi tak sure lagi la. takut org bz nak honeymoon..

28/5/07

setelah aku contact mazlifah, aku baru dapat tau yg saudari mighty - nohafizah kelas G terlantar kat hospital pantai. die sakit tulang belakang mende tah yg diakibatkan oleh kebuasan die mase kecik2 dulu. semalam aku call die n die bergelak ketawa ngan aku bagitau bahawa sakit beliau telah ditaja oleh TNB. die operation kol 2 ptg smlm n same2 la kite doakan agar beliau cepat sembuh.

away from here

aku gi camping kat pasir putih!! no reply until friday..

no use for a title

emm.. skang dah tengah bulan. semalam aku ada wat sket sesi menghubungi rakan2 yg katanya nak pegi. so far, majoriti ok. ada 2-3 org yg konpem takleh gi. sbb mmg konkrit la. aku tak memaksa. haha. tapi aku just nak follow up je. secara kasar dan tak menyeluruh langsung, 25 orang dah konpem. tapi itu tak campur ladies lagi. aku kurang direct contact ngan ladies. maybe sbb aku ni pemalu kot. tp tak bermakna takkan ada ladies yg akan join.

aku ada mintak tlg a few ladies utk tlg aku la. skang ni pun diorang tgh tak berduit.. nak menopup tu pun agak sukarla. takpe2.. pape pun, aku dah remind diorang pasal deposit ni. sori la ladies, aku maybe tak directly contact ngan korang tapi aku harap korang tak pk aku ni bias ke ape ke.. aku invite sume org. bukan pilih yg mana aku kenal or aku baik. aku nak sume org yg gi dpt benefit. kalo x, xde maknenye aku membebel kat blog ni.

dan kepada mereka yg aku terpaksa contact guna perantaraan, mintak mahap la aku wat keje ni pun tak ramai. 3 org je. so, tak sempat aku nak contact sume org. jgn la anggap ni mcm kenduri kawen. kalo x dpt kad jemputan, xleh dtg.. bkn camtu.. aku tak terdaya nak ada contact num sume org. kalo ade pun, maybe aku takleh nak khatamkan sume utk nak contact. sape yg tau, sampaikan.. itu je. nak datang, bagus.. tanak datang pun, xpe je.. aku rase xde sape yg nak marah pun. maybe kita sume ade reason sendiri kan.

lastly, tlg la bayar deposit ye.. hehe.. kang tak terbooking plak kat suria tu..

pressure is on me..

well.. aku pun tak pasti la cane hala tuju reunion ni. so far, takde sorang lagi pun yg bayar. haha.. maybe kurang promotion kot. takpe2, aku tengah kering ni. tgk la esok luse aku start bekerje. ape la yg wat aku semangat sgt nih. bukannye dpt profit pun.

by the way, seb baik pok gad ada tanya soklan yg memberangsangkan. aku lupa nak bagitau finalised fees. sume skali rm190. bas +rm30. itu optional. for those yg nak ke cherating sendiri, just pay rm160.

cik oh azizah dah sms n email aku quotation utk reunion tu. dia suruh aku gerak awal sket. aku pun pening sbb ari ni dah 14 mei. aku kena kejar dateline ni. nak push orang suruh bayar. haiyo. aku pun tau tak sume org berduit lagi.

emud mintak unofficial list utk those yg nak gi reunion. sori la. for the time being, aku takleh nak publish lagi. krdt phone aku pun tinggal rm1.30. Under pressure! kalo tak jadi ni, efforts aku selama ni jadi sia-sialan. aku pun dah berhabis banyak gak la. tok uban dah pun kuarkan his own saving untuk bayar 30% booking fee utk bus. so, mmg agak tertekan la. aku kat sini mengharap co-operation dari korang utk menyampaikan pada mereka yg tak membaca blog.

bukannya aku nak lepas tangan tapi elaun aku tak masuk lagi. once dah masuk pun, aku dah sedikit kopak. tapi xpela, aku try my best la utk contact setiap org in person. hohohoho... semakin tertekan. tlg aku b16!!!

arrghhh... payment!!

Aku hari ini dengan rasminya nak bukak kaunter pembayaran deposit secara online. Depositkan RM100 ke dalam respective account. Deposit ini akan diserahkan kepada pihak pengurusan resort sebagai pengesahan n booking. Selewat-lewatnya pada 31 Mei 2007. Suka nak ingatkan, sila sms/call aku once korang dah depositkan..

MOHD FAZELI BIN BAKAR 840822-03-5811

Maybank acc: 162049745408

CIMB (BCB) acc: 02110030441528

Aku rasa account ni agak convenient cz ada cash deposit machine. Ape pun, contact aku for further explanation. marionette_228@yahoo.com/0176726205

suria perkasa hitam

ini gambar bilik yg aku amik sendiri. cik azizah bagi masuk tgk..

ini court volleyball, beach soccer tak nampak cz jauh sket.

beach view


ini swimming pool dia. tempat BBQ dinner kita


Ch.. Check it out..

Assalamualaikum

Dah lame gile aku x online ni. Bz macam ape tah. Shoutbox pun aku x sempat nak tgk. Aku tgh taip post utk kali ni kat bilik je. Nanti aku online baru aku publish. Minggu yg agak mencabar jiwa aku gak la. Haha.. Konon la sgt. Ada beberapa perkara penting yg aku dah setelkan minggu lepas. Memang totally penting la bagi aku. Aku terpaksa set aside assgmt aku yg berbukit tu. Kiranya, road trip aku ngan tok uban ari tu agak successful la.

Banyak benda yg aku nak cite tapi aku nak wat bagi jadi simple. Kiranya, kitorang plan nak gi KL, jumpa certain2 orang n balik tu nak singgah cherating. So, pendekkan cite, kitorang gi KL ari tu sempat jumpa emud, kutu, raja, izzah, nana, mazlifah, afai, talub ngan topoi. Mintak maap la pd org-org lain yg kitorang x sempat nak contact. Kitorang pn xtau nak jumpa sape ari tu. Redah punya redah mengikut kesesuaian, itu la hasilnya. Jangan la cakap aku bias ke mende. Aku pun pelik gak, budak akaun je yg aku jumpe. Aku berharap la nak jumpe wakil kelas lain. Aku call epi, balik ipoh la plak member.

Tujuan kitorang gi jumpe pun bkn ape. Just nak inform directly pasal benda ni. Asyik contact via sms ngan frenster je. Face to face baru bleh cite panjang. So aku mengharapkan pada diorang-diorang yg aku jumpa ni utk spread the news. Itu je. Aku pun nak tau feedback dari org ramai. Nampaknya secara kasar, ramai gak la yg berminat. Tak tau la yg btol2 nak gi nanti brape org.

So, balik dari KL tu, kitorang saje la meredah jalan jauh semata-mata nak singgah kat tempat yg bernama Suria Cherating Beach Resort tu. Kitorang siap usha ClubMed tapi nak masuk pun ade security jaga. Hehe.. Malas la. Sampai je kat Suria, dengan saspennya kitorang turun. Aku dah blur dah. Ape yg nak wat dulu ni. Kaget sungguh! Last2 tok uban ajak gi survey tempat dulu. Kitorang pun berlagak la mcm org yg stay kat situ. Aku jalan2 gi usha2 n amik gambar sket. Bagi aku, tempatnya mmg best. Itu je aku bleh cakap. Sesuai la utk reunion kita nanti. Insya Allah.. (nanti aku post gambar yg aku amik)

Pas dah setel dah sesi mengusha, aku pun gi la kat receptionist tu. Saspen ni.. Aku bagi salam, dia pun jwb salam. Heheh.. Aku introduce diri aku kat dia n dia tanya aku dari mana. Ape aku nak jwb? Aku pun belasah la maktab perguruan kota bharu. Dia suruh lepak jap. Dia gi panggil otai dia. Dup dap dup dap jantung aku. Biase la. Aku tak reti sket untuk wat benda2 formal ni. Tak reti. Dtg la sorang akak ni.. dia ajak lepak kat satu meja n dia tlg amikkan ashtray utk tok uban. Cik Azizah namenye. Orgnye mcm laki sket. Aku pun tak cakap banyak. Tros bagitau tujuan aku gi situ. Dia pun ok je. Tros tanya aku nak bajet dalam brape ratus? Ape aktiviti yg nak wat? Aku pun bagi semaksimum mungkin. 200! Haiyo.. Selambe je aku letak price tu.

Kitorang pun bincang punya bincang.. Last2 dia nak aku konpemkan la. 16-17 jun takleh wat sbb tempat dah fully booked. Aku terpaksa la postpone ke next weeknya. Hasil perbincangan dgn Oh Azizah tu, aku concludekan details Reunion MRSM Beseri Batch 16 di Cherating ni..

Venue:Suria Cherating Beach Resort

Date: 23-24 Jun 2007

Price: RM 160 (tak termasuk bas lagi)

Details:

Kite akan bertolak dari KL ngan bas ke Cherating.Suka aku nak ingatkan yg lunch utk first day tak disediakan. Sampai je Suria, dia bagi setiap orang Welcome Drink katenye. Pastu, korang akan check in sebilik 3 orang. Aku bleh je nak wat sebilik 2 orang tapi price dia jadi mahal sket la. Ok.. Pas check in tu, korang wat la ape yg patut, mandi n smyg dulu. Rilek2 tenangkan fikiran. Petang tu, free activity sbnrnye tapi aku dah booked utk beach soccer and volleyball. So, kpd sape yg interested, bleh la main. Yg tanak main tu bleh lepak coffee house ke, gi jalan2 kat pantai ke.. Terpulang la. Yg penting, korang x kuar gi merayau jauh2. Hehe.

Malam – Pas maghrib, kita akan ada BBQ dinner! Mengikut kata Cik Oh Azizah tu, kalo cuaca ok, kita akan wat kat tepi pool. Ruang dia agak ok la. Tapi kalo ujan, kena wat dalam restaurant yg agak kecik bagi aku. Xpela tu.. Dia ada tanya, nak pakai set karaoke tak.. Aku cakap KIV dulu. Kang aku amik kang, xde org nak nyanyi. Rugi duit je. Lgpn, kena tambah duit lagi la. Masa BBQ dinner tu, aku akan jemput la beberapa org yg nak berucap or dedicate pape ke.. Tapi bab PA system ni aku lupe plak nak tanya Oh Azizah tu.. Nanti aku tanye k? ha.. Suke gak nak bagitau, Oh Azizah ade cakap ngan aku yg malam sabtu, diorang ade pasang big screen utk AF.Kpd penggemar AF tu, bleh la tgk. Tapi, bulan jun nanti ade lagi ke AF? Kalo ade, ok la.. Pastu, korang balik la bilik tu. Wat ape yg patut. Nak bersembang ke, dating ke ape ke tapi pandai2 la. Korang sume dah besar..

Pagi esoknye – Bgn pagi, gosok gigi.. Ade sarapan menanti. Aku tak tau bentuk b’fast yg disediakan tapi buffet la. Since korang byr, makan la byk2. Sbbnye, pas b’fast kita akan main permainan! Telematch tu aku yg pilih. Tapi tak tau la ok ke tak. Bleh edjas lagi nanti. Kita akan main permainan berikut:

  • Mini treasure hunt
  • Drinking coke competition
  • Paper Dancing
  • Brick Walk
  • Win Lose or Draw

Ade banyak sebenarnye permainan. Aku main pilih je. Kalo ade suggestion n sokongan, aku bleh tukar. Pas abih main permainan ni, korang bleh la gi mandi2 n berkemas. Tengahari nanti, gi la mamam. Lunch disediakan wat kali terakhir. Hehe. Mase tu la kita akan wat sesi bergambar n bersalam-salaman. Have fun guys! Aku tak tau la kalo tentatif yg aku atur ni tak memuaskan ati korang lagi..

Panjang post kali ni. Gile la..

p/s: tok uban tgh wat paperwork utk bas. Jgn risau. Bas akan tambah rm30 je lagi..

suria cherating beach resort



ini gambo preview sket suria beach resort..

why oh why cherating..

Assalamualaikum W.B.T.

Howdy ho.. aku dah bekerja keras 57% dah utk reunion ni. hehe. aku try la contact seramai mungkin even tho ade yg aku masih blom contact. aku pun takde la ramai sgt contact. tapi bleh la kan. ngan ade tambahan info dari budak2 ni, alhamdulillah..

ramai yg berminat. aku tak tau la. maybe just minat je. maybe mmg wholeheartdly nak berjumpe kawan2. tapi, aku berminat ngan persoalan why cherating.. majoriti dapat soalan camtu.. emm.. aku dah pun explain kat post before ni. cherating is an escapade gateaway.. mende maksud pun aku tak tau. macam best je bunyinya. tinggal la klcc or midvalley tu. btol2 nak gather ke camtu? aku bukan nak piss off mana2 pihak tapi among feedback yg aku dapat, diorang kecewa ngan gathering before2 ni. maybe bukan salah org yg organize. aku rasa problem venue and activity masa gathering tu. takkan la korang nak gerak gi foodcourt dlm 30 org skali. tak ke mcm anak itik.. mcm rombongan skolah rendah.. dats y aku pilih cherating. bkn aku yg pilih. kitorang yg pilih.

masalah transportation? aku dah plan, depends pada individu la. yg rasa dekat ngan kl, kita akan gerak dari KL ngan bas persiaran chartered. nak double deck pun bleh edjas tapi bayar lebih sket la. ni kira kapasiti dalam 30-40 org la. utk yg dari utara, hangpa bleh mai turun kelantan dulu.. dari sini ada la beberapa bijik kereta utk muatkan hangpa suma. tapi sumanya depends pada crowd la. need for more? haiyo.. suria cherating beach resort, three star gak la. the comfortable room with reasonable price. bbq dinner and bab telematch tu, skang ni nak reconfirm balik la. kalo nak telematch kena up sket. or maybe ada pihak bagitau aku yg dia nak sponsor. we welcome any sponsors out there. cuma aku tak wat paperwork utk sponsor sbb aku tanak jadi formal.

isk2.. utk pengetahuan semua, sambutan dari pihak Adam amatlah memberangsangkan.. sebaliknya bagi kaum Hawa, terdapat pelbagai alasan yg dikemukakan. masalah kos yg terutamanya la. aku pun dah pesan awal2, menabung la sket. maybe dapat sebulan 100 pun kira ok la. aku bukan apa, nanti korang dah berfamily, memang susah la nak participate dalam social gathering camni. percayalah.. setakat ni yg aku dgr, pok wa je akan berkahwin dalam masa terdekat. polo post dalam bulletin nak bertunang bulan 6 ni. tgk la kawan2, suma org dah menjelang dewasa. masa muda takkan dapat kita beli ngan wang ringgit. kalau dah tua dan berwang, korang takkan dapat masa utk hang out lagi.

tah la. aku yg beria sangat kot. maybe org lain tgh tunggu nak ketawakan aku. ada yg pilih sikap wait n see. aku tak kesah la sikap korang, aku bukan murizah atau shaariah dahaman. aku adalah kawan yang concern, prihatin?, rindu akan hari-hari riang dan duka di MRSM Beseri. Aku takkan lupa dari tarikh 14 Februari 2000 sampai la ari aku amik paper tasawwur islam SPM. Aku maybe sampah n pengacau. Takde meaning pun dalam idup korang tapi percayalah, setiap org dalam batch kita ada peranan sendiri. Kalo tak, takkan lengkap batch 16. aku pun bukan baik ngan suma org tapi seronok bila kita tinggal jap life kita n look back at the past. aku tersenyum sendiri mengenang hakikat yg aku penah belajar kat MRSM Beseri.

-end of post-

p/s: mohd azwa yusuf akan melangsungkan pernikahan pada 26 Mei 2007..

tok uban? shahril azlan?

Assalamualaikum

Aku skang bz sket ngan training bola n assignment. Jarang-jarang dapat online. Ni aku mengorbankan masa tdo petang aku utk mengupdatekan latest news dari kota bahru.

Well, aku dah gi discuss ngan tok uban. kitorang siap jumpa cousin dia yg keje ngan travel agency. so kitorang pun bagi la gambaran kat akak ni cane plan kitorang. tros dia suggest theme family day utk kitorang. suria beach resort, 3 star hotel.. package utk 2d 1n, siap ngan bbq dinner + telematch (games or sukaneka) la. she said it will cost around RM 250+/- per head. shit.. mahal sial. aku x rase sume org bleh afford bende tu. Tapi package yg dia offer mmg cun la. aku budget mcm nak proceed je. Aku siap nak topup la surplus utk RM50.. meaning to say participants only pay rm200. Tapi still aku tak puas ati. ngan kos korang nak ke cherating lagi, blanje kontigensi yg itu ini la.. haiyo.. cost too much.

Ini la al-kisahnya plak. pas sesi berbincang ngan akak tu, kitorang x puas ati. nak gi survey sendiri kat net. aku bleh cakap yg tok uban ni mmg wat homework dia. malam tu dia kuar ngan pamphlet visit malaysia n ape jadah lagi tah. kitorang pun wat survey n amik notes sket. memandangkan malam pun dah lewat, aku terpaksa la balik ke maktab. tau-tau je malam esoknye, (semalam la) tok uban dah call resort2 yg berkenaan n dah mintak rate sume2 la..
skang ni aku bleh conclude camni...

REUNION B16 MRSM BESERI

venue: cherating
date: 16-17 june
fees: rm150-170

we will depart from kl by bus (chartered) and get back to kl by the same bus

what else you could ask for? he fucking did his homework.. that's why i love him..

tapi, ini tak finalised yet. skang talub tgh nak gi round IPTA in central region n nak tau date paling sesuai.. aku ngan tok uban maybe nak kena gi jumpa face-to-face ngan org resort ni. bagi kautim dari a-z.. and, aku nak wakil dari kaum hawa dalam 3-4 org utk melancarkan lagi perjalanan kerja ni semua.. insya allah..

talub says

gua tau ramai yg x b'minat nak reunite ni. Maybe korang pk mende ni sume buang mase n buang duit.. Tapi ni skali je. Once in a lifetime..(btol ke?) 4 now.. Maybe one day kite x dpt jmpe lagi. Sape tau.. Reunion ni not juz utk kenang2 zaman silam. tapi utk masa depan gak. Mane tau ade yg jumpe jodoh or cinta berputik ke. Haha. Masa ni la kite nak bermaaf2. Forget d past.. Korang pk2 la sendiri ek. Frankly, its not bout the batch 16 or d skool. its bout friendship.. Damn.. i'm sucks at persuadin pple. Haha.. Guess i'm better using force 2 push u guys..

by talub (via sms)

comments.. feedback.. kewl..

Bismillahirrahmanirrahim..

Emm.. Aku baru post blog tu kelmarin. Semalam aku tak sempat nak online. Sempat tgk gitu je la. Ada a few comments. Kita memberangsangkan la bagi aku. Hehe. Ada gak yg cakap aku pulun.. Aku tak pasti itu argument or fact tapi what I’m doing now is for us not for me. Tapi tak kesah la ape pun komennye.

First skali, aku dapat sms dari eppy. Gila semangat. Bagus btol la. Tak cukup ngan aku, dia siap bagi kat talub skali. Salute. Pastu dari komen yang aku dapat, diorang mintak nak benda ni wat on july or August. Emm.. Aku tak sure plak tentang tu. Sbbnye, aku dah wat survey utk cuti beberapa Uni kat m’sia ni. Majority starts end of may until july. Tapi bagi foreigners nih.. haha.. just kidding k? aku pun tak tau la.. bandung la russia la.. emm.. takpe2..

issue date ngan venue ni aku pening sket. aku mmg terpaksa consider sume org. sume bdk b16 yg dah berumur 23 tahun dah skang ni. sama umur ngan maktab tercinta. haiyo.. pening2. tapi, aku dpt byk feedback gak la. via sms, friendster and e-mail.


utk pengetahuan korang sume, suka aku nak state kat sini yang plan aku nak wat reunion ni or so-called gathering ni kat cherating. tapi venue bleh berubah. and aku tak pk kat maktab tmpt yg sesuai sbb aku x plan nak wat formal punya reunion. aku punya plan, 2 days 1 night. sabtu tghari suma participants check in and settle down lebey kurang, malam tu wat la barbeque and such sambil nak lepak2 and borak2.. mayb ada unggun api.. sesi informal speech.. depends la kan. so, ahad pagi kita bleh adakan games ke sukaneka ke just for fun and by noon, kita check out and chow.

mayb orang akan cakap tak berbaloi la dtg jauh2 tapi lepak kejap je. as i said before, ini bukan formal. pengisian pun sekadar nak hang around after almost 6 years tak jumpa. lagipun, aku paham, masing2 ada komitmen tersendiri. korang pun dah lead your own life. maybe ngan career, family, study, awek and sume2 daily responsibility. aku xnak amik masa yg lama sangat. short but sweet. haha. merepek mende lak aku ni. letih memang letih sket la.

and, kenapa cherating? emm.. aku pun tak tau la. aku rase setuju je ngan cherating. takde la remote sangat. at least takde la pelik sangat kalo kita kumpul ramai2 kat situ. pastu sume org akan stick kat situ since no one is from nearby there. kalo kat kl, sure akan ada yg nak chow ke sana la, sini la. bila ada yg sampai lambat, x sempat jumpa dis person, dat person. suka sekali lagi nak diingatkan, ini utk mereka yg btol2 berminat dan ada masa terluang. jangan terluka. aku tak sama skali nak bias..

panjang plak post kali ni. k la, nanti aku tulis lagi..

greetings people..

Assalamualaikum W.B.T.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..

Okeh.. Ini post pertama untuk blog ni. Hahaha. Semata-mata untuk tujuan reunion ni. Harapnye single step ni bleh bawak kita sume berkumpul setempat. Lepak-lepak. Minum-minum.

Actually dah lama dah orang plan nak organize reunion ni. Macam-macam la. Aku pun tak tau cane bleh timbul idea ni. Aku memang nak wat lama dah tapi since aku tak kukuh and stabil lagi, aku takleh nak amik port la. Tapi tadi, time lunch ngan talub, tetibe je dia came out ngan idea brilliant ni. Brilliant? Maybe la.. Aku pun harap idea ni jadi brilliant la. Superb ke lancau ke. Hohohoho..

Aku pun mikir la cane nak connect ngan budak2 ni. Aku dah pk masak2. It is now or lambat lagi. Hehe.. Tadi aku try la wat draft sket. First skali list down contact number budak2 batch kita. Aku terpaksa akui yang contact number kitorang bertiga setelah digabungkan pun jadi limited. Memang terhad. Biase ar, starter pack murah skang. Sume orang asyik tukar2 nombor mengikut kesesuaian cara hidup masing-masing.

Okeh, enough of crappy shit. Aku plan nak wat ni dengan bersungguh-sungguh. Dengan jayanya. Gemilang. Fucking explosive. Like an explosion in the sky. Planning nak wat kat cherating. Tok uban ada link untuk pakej kat sana. Date? Maybe dalam May ni. Aku tak tau la maybe kena postpone ke mende ke. Due to obstacles and challenges la. Kalo sume orang bagi komitmen yang terbaik, tak mustahil benda ni jadi. Aku harap la dari korang yang membaca atau terbaca menda alah ni, try bagi yang terbaik. At least jadi participant yang devoted.

Kitorang plan nak lantik seorang or at least dua la untuk jadi representative bagi setiap region. Cewah. Kalo bleh nak org ni aktif and mobile la. Ada keta ke.. Sudi nak melabur kredit sket. For the sake of unity. Haha. Aku serius ni. Aku takleh nak gambarkan keseriusan aku. Kalo bleh aku nak tunjuk gambar aku skang ni. Serius serius serius.

Ahh.. Malas ar nak taip pepanjang. Nanti la aku taip lagi. Ni panas gile kat basement parking ni. Berpeluh-peluh. Nanti aku senang aku taip lagi. Korang bagi la comment ape yang patut..

Lokasi PICNIC B16

PICNIC bulan Julai

Labels

NST online

Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213