angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

Pavilion Jubli Perak MRSM Beseri Donation Drive

Assalamualaikum....

Petikan dari Mailing list Anseri.

Pengenalan
MRSM Beseri telah dibuka secara rasmi pada 1 April 1985. Setelah hampir sukuabad beroperasi, lebih 6000 graduan yang bakal mewarisi negara telah dilahirkan di sini.

Sebagai tanda penghargaan kepada institusi yang telah banyak berjasa, maka Persatuan Bekas Pelajar MRSM cawangan Beseri (ANSERI) sedang berusaha untuk menghadiah sebuah Pavilion atau Astaka. Tanpa MRSM Beseri sebagai langkah permulaan, mungkin ramai bekas pelajar tidak akan berada di tahap mereka sekarang ini.

Pavilion ini akan dibina di atas padang MRSM Beseri untuk kegunaan sebagai pentas bagi acara seperti sukan, perhimpunan dan persembahan. Sumbangan ini selari dengan motto ANSERI iaitu "Giving Back to Society" .

Bagi menjadikan hadiah ini lebih bermakna, pembinaan pavillion ini berkonsepkan:

1) Sebahagian besar kos pembinaan ditanggung hasil sumbangan dari bekaspelajar MRSM Beseri sendiri. Sumbangan yang dihulurkan bukan saja dari segi wang ringgit, malah idea, masa, tenaga, khidmat perunding dan sebagainya.

2) Kepakaran perunding professional seperti akitek, juruukur bahan dan perunding kejuruteraan juga merupakan sumbangan ikhlas dari kalangan bekas pelajar, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

3) Perasmian Pavilion ini dirancang semasa majlis sambutan ulangtahun MRSM Beseri yang ke 25.


Perancangan projek
1. Mesyuarat permulaan projek 11 Apr 2009
2. Final design 30 Apr 2009
3. Kelulusan pihak berkuasa 31 Jul 2009
4. Pembinaan bermula 1 Okt 2009
5. Pembinaan Pavilion siap 31 Mac 2010
6. Majlis Perasmian 3 Apr 2010

Tamat petikan.


So sahabat, memandangkan inaya sambutan yang agak besar, saya mencadangkan B16 akan mengumpul dulu dana sebelum difoward ke ANSERI. Oleh yang demikian, suatu tarikh akan ditentukan untuk penyerahan dana.

Kalau di ambil kira... 6000 bekas pelajar x RM50 = RM300,000
Mengambil kebarangkalian 50% sahaja, RM300,000 x 50% = RM150,000

Sila nantikan maklumat lanjut...

No comments:


Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213