angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

SPKG '09

Assalamualaikum kawan-kawan semuaaaaa.

Yeaaaa, SPKG '09 telah pon berlangsung pada hujung minggu lepas, di mana batch Siam telah menghantar 8 orang wakil. Oh ye, masa kitorang kat sana, susah betul cikgu-cikgi nak ingat batch kita.

"Kamu Batch 16? Errrr, yang mana dah tu?"
, tanye Cikgu Farijah yang ajar prinsip akaun.

"Ermmm, presiden nama Azad tu la cikguuuu".

"Yang mana eh? Ohhh, si Siam tu batch kamu ye. Kamu semua ni batch Siam ye. Name apa dah? Fazeli ek?". Haaaaa, tengok, femes tak femes Siam. Nama pon batch Siam jadinye. So, should we change this blog's name to angkatansiam.blogspot?

Anyway, huh, memang best lah reunion tu. 4 bijik kereta kot menghala dari selatan ke utara. Aku, Pokgad ngan Sirol satu kereta, while Kimi ngan Syazrul 3 jam blakang kitorang. Hujan tak hengat beb. Syazwi ngan parents dia, sambil-sambil makan angin kat utara. Faiza Kaply, the only lady, datang sendiri. Tengok, semangat tak semangat. Oh ye, Moin pon pegi, tapi aku tak ingat camne dia pegi. Tapi dia orang Perlis kan.

Hujan + malam = Jalan licin + nampak tak nampak.

So pagi Sabtu tu kitorang gi MRSM terchenta. Jumpah peserta ada la dalam 50 orang kot. Sampai-sampai sana, tengok putera puteri Form 5 dok dengar taklimat "how to answer SPM English paper". Pendaftaran terpaksa di tunda 2 jam kemudian. Ah, ape lagi, gi ronda maktab la kitorang. Nak carik lubang fly dulu-dulu, agak nye ada lagi tak.

Dulu Dewan Seri Beseri, kita panggil DSB. Dah tukar nama okayy. Dewan Dato' Syed Putra. skang dah jadi DSP. P tukar jadi B. bunyi tetap sama jerrrr. Ada aircond tau. Dulu ngelat malas pi dewan. Skang aku dengar pakat suka nak ke dewan kalau ada function apa-apa. Best tidoq.

Aku ingat lagi first-first sampai sini tahun 2000, ingatkan ni la tempat perhimpunan. Ye la dengan bendera, tmpat berucap smua.

Ni time majlis perasmian SPKG. Pengetue, Cikgu Abdul Hamid. Yang belah kanan tu. Kat tepi dia Presiden Anseri. Kitorang dok atas pentas okayyy. Rasa macam cikgu pulak. Eh apsal aku rasa kecik plak dewan ni. Dulu dari hujung ke hujung, jenuh nak sampai.

Petang tu, ada mock interview. Kalo 8 tahun dulu kene berdepan ngan senior, jawab soalan, haa, ni kitorang plak yang bagi soalan. Terasa kepoyo-an tapi nak buat camna, dah memang part of activity SPKG. Sambil-sambil usha puteri-puteri Form 5 kannn. Haishhh! Pervert. Umoq 25 pi la cari yang 20-an. Hahaha.

Oh ye, tahu kah kamu, sekarang MRSM kita dah ada form 1. Start tahun lepas lagi. So tahun ni dah ada Form 1, Form 2, Form 4 and Form 5. Pokgad habaq kat aku, maknanya tahun depan baru cukup la, Form 3 akan ada. Aku conpius, mana nak datang Form 3 tu? Budus! Datang dari budak-budak Form 2 tahun ni la. Ngok la aku ni. Abis program mock interview, pi round-round maktab lagi sblom pulang hotel kat kangaq.

It's autumn in Beseri. Tepi Block C. Cantik jugak MRSM kita ye. Ada scenic view jugak ye.

Kawan-kawan, sedih betul pemandangan ini. Block B. Aku dok berdiri kat tempat aku main takraw dulu-dulu ni. Block B ngan Block C dah di kosongkan, dan akan diruntuhkan. Malah, diorang cakap blok ni tak selamat lagi dah. Tapi lepas dok gelidah kiub masing-masing, baru dapat tau tak selamat.


Blok akademik Form 5. Tapi sekarang tak pasti untuk form brape.

Padang tempat Siam buat bicycle kick nak score, tapi haram bola pon tak kene. Siam sorry weh. Aku masih takut kat hang. Aku gurau je weh.

Dulu, lari marathon maktab kat jalan ni, pusing satu maktab. Tak tau plak boleh monteng.

Rasa macam selisih ngan budak cun kot, sebab tu pusing blakang nak tengok skali lagi. Tapi kat gambar ni takde ape pon. Hmmm....

Ni hari keesokannye. Ahad. Pagi tu ada career talk. Masing-masing bagi tips itu-ini lah. Ni kelas yang berminat ngan kejuruteraan. Gambaq gelap skit, aku tak pasang flash. Malu lah setiap kali ambik gambaq pakai flash, satu kelas pusing kpala tengok aku.

Sesi penutupan, Pokgad, Sirol ngan aku tak pegi. Kena balik awal lah. Anyway, sempat lagi la bergambar kenang-kenangan kat dalam dewan ngan kat Surau Taqwa (hehe padahal tak ingat nama surau tu, tengok kat gambar baru perasan ada nama surau).

Surau Taqwa. Masih sama. Kat dalam surau masih carpet sama, dah makin nipis jadi nye. Aku ingat nak tanye brape kos re-carpeting lah. And kalau stuju, kita pakat derma. Tengok lah. Dua orang tu dari batch senior, tapi aku tak ingat batch mana.

Dalam DSP. Uhh, best aircond, sebab tu mampu senyum. Oh ye, dua orang tak dapat masuk gambar. Faiza Kaply dah balik time tu. Moin plak, hmmm, awat hang tak sama-sama pakai baju SPKG? Kalau tak dah boleh masuk sama dah.

Sebak hatiku meninggalkan perkarangan MRSM Beseri. Ah poyo jek. Tapi sedih jugak la. Dah 8 ttaun tak pi. Dua hari melawat, kene balik KL dah. Rasa macam nak je tidoq kat kiub satu malam, pastu bangun Subuh, mandi air kapur, pakai uniform, sarapan kat DS pastu lari-lari gi kelas sebab dah lewat.

Ah, those were the days!

6 comments:

Iron Butterfly said...

ah.. yeah bro. those were the days. i forgot how Beseri looks better than KT. *Sigh

Nick Name said...

wah iron butterfly pn masuk sini....

2 hari mmg tak cukup....tambahan lagi kedai tok mek black out....
hari sabtu belah mlm, kitaorg ingat nak lepak sana. masa tu ada ceramah kat dewan DSP. Sampai sana dah tutup. Bila pusing balik, maktab dah black out..lepas kitaorg gi makan nasi goreng telur dada....hahahaha

siam bakar said...

wah wah wah.. marilah memeriahkan majlis next year. pasti hadir. since aku pun akan berumur 25..

Nick Name said...

geng senior kutuk gambar kita berenam...diaorg kata saja letak blakang backdrop sama kaler ngan baju...rujuk facebook, beseri 25...

yellowherbie said...

IB - Weh, semo tigo-tigo post aku, mung hok nombo satu comment. Ho, aku perase eh, jange rusing, aku betimo kasih bbanyok ko mung. Hehe. Thanks.

Nick Name - Tu la, IB is everywhere lah. Blog batch kite pon dia datang. Telur ape, telur ape? Hahaha. Senior kutuk? Hey, in the first place, memang kebetulan okay background tu sama ngan baju. Mana ada kita cari port nak begamba time tu. And anyway, kalau ye pon, awat nak jelessss???

Keeta gibraltar - Next year, aku nak apply leave awal-awal. Semangat punye pasal.

neztj said...

yelah tu...ssb aku kan pakai meletop..lgpun sexy skit nak ada dlm gambar tuh...next time k!!!!!i'll b a little bit more decent!!!haha...btw,nama moin dah x diguna pakai ye!!!tolong skit!!!!!!


Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213