angkatanenambelas

where friendship remains for lifetime

so went the guys n ladies.. having fun by the beach.. ho ho yeah..

Assalamualaikum W.B.T.

Ari ni dah 2X hb.. Dah selesai dah reunion B16 yg dianjurkan oleh kitorang. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang direncanakan even though ada certain obstacles yg sgt2 mencabar kredibiliti n kesabaran kitorang. Sumenye bermula ngan idea spontan n dibawa menjadi satu realiti yg pada aku satu kejayaan yg tidak lari dari cacat celanya.

Terlalu banyak perkara yg aku nak kongsi ngan semua orang. Bagi mereka-mereka yg join reunion ni, masing-masing dengan cerita yg berbeza. Kesamaan kami adalah, berkongsi kegembiraan berkumpul bersama. Aku terlampau excited n hepi ngan reunion kali ni. Kesedihan tu ada la dlm 0.7% je.

22 Jun 2007

Sesi pre-reunion oleh guys di La Cuisine, Kg Baru. Malam tu kutu ngan kijang diselamatkan oleh Mat akibat simcard sox yg kena block tiba. Haha. 3 biji kete je malam tu. Borak2 n discuss pasal plan nak gerak esok n Mat suggest berkumpul kat Terminal Putra, Gombak. Sume participant diinform secara last minit malam tu. Hehe. Sesi bersurai pastu cz ada yg nak gi amik kereta sewa kat bangi n yg selebihnya gi check in kat Hotel Muda yg tersangatlah ‘bestnye’..

23 Jun 2007

Participants kena berkumpul kat Terminal Putra jam 10 pagi. Aku saja letak pukul 10 cz aku tau diorang ni jenis yg berlengah-lengah. Time aku sampai je dah ramai yg ada kat situ. Gelabah gak aku cz tak budget diorang ni begitu semangat. Situ je ujian dah bermula. Kereta sewa yg diorang amik kat bangi tu pancit tayarnye. Kelam-kabut tok uban ajak aku gi jenguk diorang kat BhP Gombak. Rupenye takde pape pun. Angin x masuk je time pam.

Bila jumlah peserta dah hampir cukup, aku pun refer kat list n suruh talup collect sket fees cz nak bagi duit minyak n tol kat each kereta yg gi. Time tu, ca’ot gagal dihubungi. Adeh. Puas kitorang sume calling. Last2, terpakse proceed la cz dah kol 12 dah pun.

6 buah keta n sebiji van sumenye. Vios Tok Uban, Wira Ah Fart, Wira Ina, Perdana Mat, Neo Sarah Hanim, Kelisa sewa n Van Bongo Talup.Tapi Sarah Hanim tunggu kitorang kat temerloh. Rombongan meninggalkan terminal putra n singgah isi minyak kat shell. Pastu, dengan lafaz bismillah, kitorang bertolak dari situ.

Pada awalnye, sume berjalan lancar. Sampai la tetiba diorang call suruh slowdown cz Bongo Talup temperature naik. Aku ngan Ahfart pun tros stop bawah flyover n berenti amik gambar jap. Tok Uban dah pun sampai Temerloh n aku suruh yg lain proceed dulu. Kitorang gerak slow2 cz nak mamam. Sampai je temerloh, budak2 sume dah berkumpul kat sane. Dapat info yg Bongo dah agak nazak. Kena masuk Bentong cari workshop.. Kelisa sewa yg diketuai oleh Pokgad pun escort diorang.. Adeh.. serba salah jadinye aku.

Kitorang proceed dulu ke DeRhu sbb Bongo inform yg diorang mmg lambat so xyah tunggu. Aku rase x best gak sbb aku takut geng Bongo x sampai ke Kuantan n rugi la diorang. Time kitorang gerak dari Temerloh pun dah agak lewat. Jauh lagi nak sampai Kuantan. By the time sampai kuantan, Vios Tok Uban dah pun sampai kat DeRhu n diorang inform jalan kat kitorang. Sume sesat! haha.. Xde sebiji kete pun yg berjaya smpi dengan sendirinya. Last2 bila dah dapat guide, baru la btol laluannya. Bleh tahan bengong gak org yg wat signboard DeRhu ni. Jalan dia mmg agak susah la. Pening sket.

By the time aku sampai, kuwe dah menanti kat carpark. Dia bagitau aku yg tempat ni best.. Biliknya luas smpi bleh main kejar2 lagi. Tok Uban pun dah call b4 tu bagitau yg tempat ni harmoni. Tak sabar lagi aku. Tapi tu la, ape kejadahnye datang check in pukul 5. hehe. Kat situ timing ada rugi sket. Aku gagal banyak dalam time management kali ni. Xpe2.. Diorang sume dah tunggu kat lobby nak setting bilik. Emud pun wat semak mcm biasa la. Hehe. Kete² lain pun dah sampai dah. Sume skali ade 15 bilik. Hell yeah sume dekat2. Tapi terpakse divide 2 section la. Ah fart amik card n tros gerak ke bilik. Aku pun nak gi taruk barang dulu b4 ape² pun.

Bilik dia memang luas la. *Najis punya serius - (serious shit).. Haha. Smpi² je tros kene rogol ngan ah fart. siolan je. Tapi, aku menantikan untuk bersuka ria di pantai. Cpt² bersalin ngan ah fart n kitorang pun turun la bwh. Skali tgk kanak² ni tgh bermandi manda kat pool. Ni yg aku foul sket. Xpela.. Diringkaskan crite, pas mandi pool, kitorang pun gi la ke pantai untuk amik gambar n wat sandcastle. Tok Uban ngan kuwe ke Kuantan utk shopping 'lingerie'? Yg lain aku rasa keletihan n amik peluang nak rest dulu kot.

Sedang enak berposing westlife kat tepi pantai baluk yg xdela lawa sangat pun.. Izzah datang bwk phone n bagitau aku yg aku kena gi fetch Bongo yg dah terlajak ke Cherating. Haiyo. Jauh gak tu. Aku pun tros ajak Mat ngan Ah Fart bwk keta diorang utk amik kanak2 ini. kitorang dengan basah2nye, redah gak la cz aku enak bersuka ria sedangkan diorang dah miss satu petang. Sian gak diorang..

By the time kitorang gerak kuar dari DeRhu, aku dapat call yg rupanya Bongo rosak lagi kat tepi jalan. Sian sial kat diorang. Kalo aku dpt bas ari tu sure dah tak kecoh macam ni. Then kitorang pun gerak la menyusur jalan nak ke kemaman n rupenye diorang ni tak sampai Cherating pun lagi. Baru kat sg ular. Pas sampai, kitorang anta dulu ahli rombongan yg lain balik ke DeRhu. Tinggal la aku, talup ngan ah fart menanti towing truck dtg amik. BBQ dinner dah nak start dah. Isk2.. Seb baik aku berjaya anta sebahagian besar dari rombongan yg terpisah tu gi dulu. The show must go on. Pendek kata, memang menguji kesabaran sume benda ni. Tabah tak tabah je..

No comments:


Cepat kira

Followers

kotak jerit

Disclaimer

Jika anda mempunyai sebarang input untuk dimasukkan atau aduan untuk disampaikan, sila emailkan kepada :
nmfaizal84@gmail.com (pok gad)

atau terus hubungi 012-984 8213